5 Jenama Kosmetik Tempatan Paling HOT!

SimplySiti

Siapa yang tidak tahu jenama yang menjadi pelopor kepada industry kosmetik tempatan, SimplySiti yang diasaskan oleh penyanyi No.1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Menampilkan tagline The Beauty in You, memenuhi permintaan peminat dan juga pengemar kosmetik, SimplySiti hadir dengan seleksi produk dari minyak wangi, produk wajah, kosmetik dan juga terbaru beausiti. Antara produk yang mendapat perhatian peminat adalah EpieXSiti by SimplySiti, Simply Elegant Lipsticks dan Gold Edition. Harga bermula dari RM13.90.

So.Lek Cosmetics

Jenama ini diasaskan oleh dua beradik, Dahlia Nadirah dan Luqman Hakim pada sekitar 2016. Mereka merupakan antara jenama kosmetik tempatan yang telah meraih beberapa anugerah. Dihasilkan dengan kekemasan tinggi, istimewanya produk keluaran So.Lek Cosmetics mengambil nama-nama yang unik dilabelkan bagi setiap produk mereka. Harga berpatutan bermula dari RM39.90, antara produk mereka ialah Gincu yang mempunyai beberapa siri seperti Bunga Gang, Tari Gang, Hias Gang, Lagenda Gang dan Muzik Gang, Manakala untuk mata pula – Celak, Lentik, Alis, serta produk wajah seperti Segar, Mekar dan untuk kuku – Kilat.

Nita Cosmetics

Nita Cosmetics begitu menarik kerana setiap bungkusan mereka dicirikan dengan keunikkan tersendiri menjadikan Nita Cosmetics antara jenama hangat dipasaran. Nita Cosmetics yang diasaskan oleh Aznita Azman ini boleh didapati di SOGO. Memberikan kelainan yang nyata, mereka menghasilkan produk Gincu (Warung, Balik Kampung), Mata (Mata Kuching), Wajah (Mikrofon Foundation) dan aksesori seperti Cerminita, Blending Sponges, Makeup Remover. Harga bermula dari RM19.90.

Asly Beauty

Asly Beauty dilahirkan oleh influencer/selebriti tempatan, Yaya Zahir Bersama Didie Nasir. Produk gincu berasaskan crayon dan lip powder menarik minat anak muda kini untuk mencuba koleksi gincu Asly. Pelbagai rona juga boleh didapati di Gedung online Asly yang menawarkan seleksi gincu bermula dari RM45.00.

Wawa Zainal Cosmetics

Pelakon dan juga isteri kepada Aeril Zafril, Wawa Zainal mencipta produk kosmetik dari Namanya sendiri dengan pelbagai koleksi gincu dan two way cake compact powder. Menjadi kegilaan anak remaja kini, produk Wawa Zainal boleh didapati di Gedung farmasi dan juga secara talian menerusi Shopee dengan harga permulaan dari RM39.00.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts