6 Juadah Dessert Paling Best!

Masih mood berhari raya? Ya, kami pun sama. Jom cuba 6 juadah dessert yang paling best pernah kami rasai. Ini adalah senarai top 6 kegemaran kami yang boleh dikatakan selalu repeat makan!

1. KissesCream

Juadah Pavlova ini akan memenuhi selera anda dalam menikmati juadah hari raya. Jenama KissesCream oleh Tengku Adura ini hanya menawarkan dua saiz Pavlova iaitu Midi dan Maxi, dua-dua saiz ini pastinya akan membuatkan anda puas hati kerana keenakkannya tiada bandingan. Taburan buah-buahan segar menjadikan Pavlova dari KissesCream ini begitu ummph! Ingin cuba? Anda boleh layari Instagram mereka @kissescream.

2. DollybakesKL

DollybakesKL yang diasaskan oleh Adriyana Roslan ini menawarkan pelbagai jenis dessert dari Kek hingga ke Tiramisu. Paling digemari oleh kami ialah Kek Onde-Onde yang harus dinikmati tidak kira waktu. Keunikkan kek dari DollybakesKL ialah mereka juga menawarkan kek pengantin, hari jadi dan tempahan berskala kecil mahupun besar. Cubalah hari ini, tempahan menerusi Instagram @dollybakeskl.

3. Imaginasinona

Bagi mereka yang menyukai Brownies, ha ini adalah Brownies paling digemari kami. Imaginasinona menawarkan Brownies dan juga biskut Sea Salt Chocolate Chip ternyata memang sedap belaka. Imaginasinona dilahirkan oleh Nazreena Ahmad Khan secara suka-suka pada satu masa dahulu dan kini bergelar full-time baker. Untuk menempah, layari sahaja laman Instagram @imaginasinona.bakes

4. CakesCrush

Ramai yang pasti telah mencuba NutellaPods sebelum ini, tetapi tidak pernah merasai keenakan NutellaPods dari CakesCrush ini. NutellaPods yang dihasilkan oleh Murni Nordin ini ternyata Pods paling nyaman! Lemak crust dan adunan nutella bersatu dan menjadikan ianya antara dessert favourite kami. Tidak hanya NutellaPods, mereka juga banyak menghasilkan kek bagi keraian perkahwinan, hari jadi dan majlis. Mahu cuba? Tempah di @cakescrush

5. Souka Bakeshop

Ramai yang mungkin pernah mengenali jenama Souka Bakeshop ini yang mempunyai cawangan di SS15, Subang Jaya. Bagi yang tidak pernah, boleh mengunjungi cafe mereka ini kerana ianya sangat Chic dan Relaxing! Souka Bakeshop menawarkan pelbagai juadah seperti cupcakes, pavlova, donut, pastries dan pie! Untuk menempah, sila check Instagram @soukabakeshop

6. Sugar And I

Juadah dessert yang paling digemari oleh kami dari Sugar And I adalah Bombolonis berinti coklat! Sungguh padu dan nyaman, sudah beberapa kali kami repeat order! Diilhamkan oleh Ilisa dan adiknya, Ilyas, berdua merealisasikan impian dengan membuka cafe di SS14, Subang Jaya ini mendapat perhatian kerana tidak hanya menghasilkan kek, malah menawarkan seleksi juadah seperti pasta, pastries, nasi lemak, waffles dan snek ringan menanti anda. Untuk ketahui lanjut, layari @sugarandi

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts