Airulmi Mokhtar Transformasi Diri Jadi Inspirasi

Membuka bicara 2021 yang menjelma, moto ‘New Year, New You’ pastinya akan menjadi taruhan setiap dari kita. Ramai yang ingin memulakan gaya hidup sihat dan ada juga yang inginkan badan yang lebih fit dan menawan. Wajah Kita kali membawakan sosok tubuh pelari yang disegani ramai, Al Rumie yang sememangnya seorang mudah didekati dan amat mesra!

Mengenali secara dekat Airulmi Mokhtar atau lebih senang disapa Al Rumie amat menyenangkan. Saya sudah beberapa kali berjumpa dengannya di acara larian sekitar tahun 2016-2017 yang lalu. Beliau merupakan salah satu idola saya sendiri di dalam dunia larian. Boleh dikatakan, beliau banyak memberi tips dan tunjuk ajar yang perolehi menerusi laman Instagram nya! Ikuti temubual bersamanya…

 Boleh kongsikan latar belakang anda?

    Saya seorang Bapa, Suami dan saya bekerja di bidang pengurusan agri-business di sebuah GLC di Malaysia dengan berlatar belakang Jurutera Profesional di Universiti Putra Malaysia. Seorang yang sangat passionate dalam jua bidang yang digemari, penggemar sukan dan gaya hidup sihat (larian Marathon), seorang yang sangat mementingkan Family dan bergiat aktif di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Yang terkini, saya sangat aktifi menghasilkan video-video tentang perjalanan, pengalaman dan info gaya hidup sihat dan larian di Youtube Channel saya. Saya juga seorang yang sangat obesitii dulu (105kg) dan merupakan Heart Attack Survivor.

Bagaimana bermula episod anda dalam dunia larian?

    Ketika anak saya yang ke-3 meninggal dunia, saya berpedapat yang hidup ini terlalu singkat dan dalam keadaan saya yang dirudung pelbagai penyakit seperti hypertension, asthma dan lain-lain lagi, kematian saya akan menambah perit isteri dan anak-anak saya yang lain. Justeru saya terus mengubah gaya hidup saya secara drastik dan transform diri saya seperti sekarang ini. Sukan, senaman yang saya pilih ketika itu ialah berlari dimana saya lakukan secara tak sengaja kerana ia mudah, boleh dilakukan dimana-mana dan boleh dilakukan seorang diri.  

Siapakah idola anda?

    Kebanyakan idola saya adalah dalam bidang sukan kerana sukan itu adalah simbol lifestyle, kepimpinan dan role model yang baik untuk mencari inspirasi. Saya sangat meminati Pasukan Manchester United dan idola saya ialah Eric Cantona. Kini Idola saya ialah Eliud Kipchoge kerana journey beliau dalam sukan Marathon dan kehidupan berkeluarga sebenar yang sangat mengispirasi

Mengapa larian menjadi platform sukan yang diceburi?

    Saya selalu temui kegembiraan ketika berlari, berlari mengubah hidup saya dan berlari menjadikan versi terbaik diri saya. Tambahan kami sekeluarga TEAM RUMIE mempunyai minat yang sama iaitu berlari

Al Rumie bersama isteri dan anak-anak

Boleh kongsi beberapa tips bagi mereka yang ingin menceburi sukan larian ini?

    Follow Your Own Journey, jangan terikut-ikut orang tetapi biarlah terinspirasi dengan orang. Berlari bukan untuk laju sahaja, kerana berlari lebih besar dari sekadar nak laju sahaja. Paling penting, jika anda minat berlari, carilah motivasi dan sentiasa ingat Why You Started. Untuk enjoy larian anda, Jangan lupakan 6 elemen utama berlari iaitu; 1.Endurance Engine, 2.Strength, 3.Running Form, 4. Running Gear/Kits, 5.Fuelling 6. Recovery 

Bagaimanakah anda membahagikan masa bersukan dan kerjaya?

    Itulah keindahan sebenar berlari. Berlari salah satu cara saya atasi stres. Dengan berlari, jadual saya lebih terurus, contohnya jika minggu ini saya plan nak berlari 2 kali pada weekday dan 2 kali pada weekend, saya pastikan jadual kerja tidak terganggu dan tidak mengabaikan family. Saya tidak begitu risau dengan keluarga sebab kebanyakan masa larian saya adalah bersama isteri dan anak-anak. Apapun kita buat mestilan seimbang dan jangan berlebih-lebihan. Ada garisan pemisah antara obsesi dan passion.

Bagi mereka yang ingin mengikuti kisah dan pengalaman menarik sosok pelari ini, bolehlah berkunjung ke laman Youtube Channel beliau di https://www.youtube.com/channel/UCgjBHvFwp92AO7fkdYtgXtw dan follow beliau di laman Instagram: https://www.instagram.com/al_rumie/

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts