Anlene™ Memperkenalkan Rumusan GOLD 5X™ Sebagai Sebahagian Daripada Diet Yang Seimbang

Pakar menasihati golongan  dewasa dalam usia pertengahan umur untuk menjaga kesihatan muskuloskeletal mereka di peringkat awal bagi menyokong kualiti hidup yang lebih baik menjelang peningkatan usia di masa hadapan.

Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas dijangka meningkat dua kali ganda[i] berbanding anggaran semasa yang hanya 10.3% daripada jumlah penduduk[ii]! Menyedari akan pentingannya bagi golongan dewasa di Malaysia untuk mengekalkan kesihatan muskuloskeletal mereka dalam mempengaruhi pergerakan, fleksibiliti, keseimbangan dan seterusnya kualiti hidup mereka semasa usia meningkat, Fonterra Brands Malaysia menerusi jenama pemakanan orang dewasa, Anlene™ telah memperkenalkan ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™. Kedua-duanya dirumuskan untuk memberi nutrien penting untuk orang dewasa di Malaysia.

Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya (Social Wellbeing Research Centre) menjangkakan bilangan warga Malaysia yang berusia 60 tahun dan ke atas akan mencapai jumlah seramai 6.3 juta orang pada tahun 2040, atau 2 daripada 10 orang warga Malaysiai. Bilangan warga yang berusia bukan sahaja kian meningkat, malah jangka hayat warga emas juga kini dijangka lebih panjang dengan golongan lelaki yang mencapai umur 65 tahun pada 2019 dijangkakan akan hidup 14.8 tahun lebih lama sehingga umur hampir 80 tahun. Manakala golongan wanita yang mencapai usia 65 tahun pada tahun lepas, dijangka akan hidup 17.8 tahun[iii]lebih lama sehingga usia 82 tahun.

Dr Nor I’zzati Saedon, Pakar Geriatrik dan Pensyarah Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC)

Menurut Dr Nor I’zzati Saedon, Pakar Geriatrik dan Pensyarah Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), kesihatan muskuloskeletal merupakan salah satu faktor utama dalam membolehkan manusia menjalani kehidupan mereka secara bebas dan ia bermula dengan membina dan mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi  agar kekal kuat untuk masa yang akan datang. Sistem muskuloskeletal memberikan bentuk, sokongan, kestabilan, dan pergerakan untuk badan. Sistem ini terdiri daripada tulang rangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain yang menyokong dan menghubungkan tisu dan organ bersama-sama.

“Orang dewasa yang berumur 40-an lazimnya tidak memberi perhatian terhadap kesihatan muskuloskeletal mereka sendiri disebabkan mereka tidak mengalami sebarang tanda, seperti sakit akibat kecederaan atau postur yang tidak baik. Kemampuan untuk berjalan memerlukan kekuatan, fleksibiliti dan keseimbangan. Tugas mudah seperti menyuap makanan dan memakai pakaian memerlukan kemampuan pergerakan tangan dan pergelangan tangan. Keupayaan untuk mencapai, membongkok dan mencangkung membolehkan seseorang melakukan aktiviti harian seperti berkebun, memasak dan membersihkan lantai. Setiap individu tentunya mahu terus dapat melakukan semua ini tanpa sebarang kekangan dan pertolongan, terutama ketika mereka mencapai usia 60-an dan seterusnya,” jelas beliau.

Calvin Shun, seorang pengamal kiropraktor dan Pengasas Osso Bone Care Chiropractic

Seorang lagi pakar dalam bidang muskuloskeletal, Encik Calvin Shun, seorang pengamal kiropraktor dan Pengasas Osso Bone Care Chiropractic, menyoroti perubahan dalam sistem muskuloskeletal apabila usia meningkat. “Tulang kita mungkin menjadi lemah seawal usia 30-an[i] , dan kehilangan sehingga 20% kepadatan tulang apabila usia meningkat[ii] dan tulang rawan sendi (bertindak sebagai ‘kusyen’ antara sendi) mungkin merosot secara ketara pada usia 40-an[iii]. Fungsi otot kita mungkin menjadi lemah dengan kehilangan sehingga 29% daripada kekuatannya[iv] apabila usia kita makin meningkat,” beliau berkata.

“Masalah muskuloskeletal, seperti osteoartritis yang biasanya berlaku pada bahagian lutut boleh mengganggu kemampuan kita untuk menjalankan aktiviti harian yang biasa. Gejala biasa termasuklah rasa sakit, kaku dan flesksibiliti yang berkurangan. Masalah ini mengurangkan tahap pergerakan, dan dalam jangka panjang akan menjejaskan kebebasan dan kemampuan untuk menyertai aktiviti keluarga, sosial dan bekerja, dan dengan itu kualiti hidup mereka akan terjejas,” tambah beliau lagi.

Shun mengatakan bahawa kemerosotan jisim tulang, otot atau tulang rawan sendi mungkin dipercepat dengan penuaan, tetapi ada beberapa langkah yang dapat dilakukan seseorang untuk memperlahankan proses ini. Beliau menasihatkan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk mengekalkan berat badan yang sihat; kerap bersenam, terutamanya senaman yang membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat; merawat kecederaan ringan dan jangan biarkan ianya melarat dan menjadi masalah yang lebih besar yang akan mempengaruhi pergerakan; dan selalu ingat untuk duduk dan berjalan dengan postur yang betul!

Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia 

Dari segi pemakanan, Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia yang memasarkan Anlene™, menekankan kepentingan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk menjaga pergerakan mereka dengan mengekalkan kesihatan tulang, sendi dan otot yang penting untuk menyokong gaya hidup aktif dan penuaan yang sihat. “Selain kekal aktif secara fizikal, amalan pemakanan yang baik juga tidak kurang pentingnya,” kata beliau.

Satu kajian yang terkini[i] menunjukkan kepentingan untuk mengamalkan senaman berkala dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang. Kajian tesebut mendapati bahawa mereka yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Milk Fat Globule Membrane) dan nutrien penting berserta dengan senaman yang kerap, mengalami 2X peningkatan fleksibiliti, 3 X peningkatan keseimbangan dan 40% lebih peningkatan jisim otot berbanding kumpulan kawalan.


“Diet seimbang yang merangkumi makanan berkhasiat adalah penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal orang dewasa. Anlene™ ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™ dirumus khas untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan yang penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal” kata Megawati.

Anlene™ GOLD 5X™ yang baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien-nutrien yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa dan tidak mengandungi gula tambahan. Ramuan unik yang terdapat di dalam produk ini ialah MFGM Active™, yang mengandungi MFGM – gabungan lemak dan protein yang membekalkan komponen yang hampir sama seperti terdapat dalam cecair sendi. Ayuh, nikmati kebaikan Anlene™ GOLD 5X™!

Di dalam setiap gelas susu Anlene™, anda boleh menikmati kebaikan ACTIFIT 3X™ yang mengandungi kalsium tinggi, protein tinggi, vitamin (B2, B6, B12, C, D, E) dan kolagen. Manakala Anlene™ GOLD 5X™ pula dirumus secara saintifik untuk memberikan MFGM Active™, nutrien yang sama seperti yang ditawarkan oleh Actifit 3X™ dan tanpa gula tambahan.

Anlene™ ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™ dibawakan kepada para pengguna Malaysia oleh Fonterra Brands Malaysia, syarikat yang komited terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan yang paling tinggi. Kedua-dua produk kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara dan secara dalam talian di kedai rasmi kami di Shopee dan Lazada. Harga runcit yang disyorkan bagi Anlene™ ACTIFIT 3X™ (1kg) ialah RM34.65 dan Anlene™ GOLD 5X™ (1kg) pula ialah RM38.90.

Layari https://movecheckquiz.anlene.net.my/ untuk turut serta dalam Kuiz Anlene Move Check, platform istimewa yang direka untuk menilai pergerakan anda dengan melakukan beberapa pergerakan fizikal yang mudah. Anda juga boleh menyertai Anlene Mobility Check di kedai-kedai tertentu untuk menilai fleksibiliti, kekuatan, jisim tulang dan otot anda.


[i] Profesor Emeritus Datuk Dr Norma Mansor, Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya, 2018, http://swrc.um.edu.my/about-swrc/message-from-director/

[ii] Jabatan Statistik Malaysia, 2019. Abridged Life Tables, Malaysia. [dalam] Terdapat di: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=155&bul_id=OVByWjg5YkQ3MWFZRTN5bDJiaEVhZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

[iii] Jabatan Statistik Malaysia, 2017 – 2019. Abridged Life Tables, Malaysia. [dalam] Terdapat di:

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=YnV4S1FyVnNzUWJlQ3F5NHVMeFY3UT09


[i] Buchanan JR et al. 1988. Early Vertebral Trabecular Bone Loss in Normal Premenopausal Women. J Bone & Mineral Research. 3(5): 583-587

[ii] Hormones and Healthy Bones. National Osteoporosis Foundation. 2009. 

[iii] Chung, Aging in Human Joint: Articular cartilage. 1966. Journal of the National Medical Association. 58 (2): 87 – 95

[iv] Daly R et al., 2013. Gender specific age-related changes in bone density, muscle strength & functional performance in the elderly: a 10-year prospective population-based study. BMC Geriatrics 13:71

[v] Daly RM et al. (2020) Effects of a multinutrient-fortified milk drink combined with exercise on functional performance, muscle strength, body composition, inflammation, and oxidative stress in middle-aged women: a 4-month, double-blind, placebo-controlled, randomized trial. The American journal of clinical nutrition112(2), 427–446. 

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts