Destinasi

Upacara Seb-i Arus Memperingati Ulang Tahun Kematian Rumi ke-747 di Konya

Upacara Seb-i Arus Memperingati Ulang Tahun Kematian Rumi ke-747 di Konya

Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi diperingati sempena ulang tahun kematian ke-747 pada 7 Disember dan 17 Disember di Upacara Seb-i Arus yang telah diadakan di Konya, salah sebuah bandar utama di Turki. KONYA, 22 DISEMBER 2020 – Sepanjang tahun 2020, banyak perubahan terpaksa kita tempuhi akibat pandemik yang berleluasa. Tidak lagi boleh kita menghadiri majlis perkahwinan besar-besaran, bertemu ahli keluarga atau rakan-rakan dengan senang, dan tidak mungkin juga dapat kita menyaksikan perayaan keagamaan yang unik seperti upacara Seb-i Arus. Walaupun sempadan antarabangsa masih belum dibuka, rakyat Malaysia masih dapat menikmati pengalaman upacara Seb-i Arus yang bermakna ini secara dalam talian dan semoga upacara…
Read More
Wahai Para Pengembara Rohani, Turki Menanti Anda

Wahai Para Pengembara Rohani, Turki Menanti Anda

Peminat pelancongan keagamaan kini berpeluang untuk ke Turki dengan selamat dan selesa di bawah program Pensijilan Pelancongan Sihat Kerajaan Turki. Turki sebuah negara indah yang terletak di lokasi unik dimana sebahagiannya terletak di Asia dan sebahagiannya lagi terletak di Eropah. Ia terkenal dengan hidangan masakan yang istimewa dan sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya.  Turki merupakan negara rentas benua yang berkedudukan di sempadan Asia dan Eropah yang sering dikunjungi para pengembara apabila berpeluang.   Negara Eurasia ini tidak mungkin boleh diletakkan dalam satu kategori tertentu kerana Turki ditubuhkan dengan gabungan kepelbagaian warisan dan sejarah yang mengagumkan.  Ia dilahirkan dengan pertemuan Timur dan Barat, penyatuan pelbagai budaya dan penganut agama yang saling memahami dan menghormati satu sama lain serta kebebasan untuk menganut agama yang berbeza. Bukti persefahaman ini dapat dilihat dengan kedamaian yang dinikmati negara ini sejak berabad yang lalu.   Ketenangan dapat dialami oleh para pengunjung terutama mereka yang ingin mencari pencerahan atau keseimbagan batin. Aturan langkah menempuhi mercu tanda dan artefak yang terpelihara sejak awal abad dapat mendatangkan inspirasi untuk ketenangan hati.   Walaupun keadaan pandemik pada waktu ini mengakibatkan ramai yang risau untuk melancong ke luar negara, Turki telah merancangkan yang terbaik untuk para pengunjung yang berminat untuk ke negara yang indah ini!  Sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk mempromosikan pelancongan yang selamat, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turki telah memulakan program  Pensijilan Pelancongan Sihat, yang memastikan bahawa pelancong ke Turki dapat mengembara ke negara ini dengan cara yang selamat dan bersih sambil mengelakkan sebarang keraguan.   Berikut adalah beberapa lokasi yang mesti dikunjungi seperti yang disyorkan oleh Pejabat Pelancongan & Maklumat Kedutaan Turki untuk penerokaan yang paling indah.                 1. Hagia Sophia Mosque Hagia Sophia Mosque Salah sebuah tarikan pelancong yang mesti dikunjungi di Turki adalah Hagia Sophia, sebuah masjid yang menakjubkan dimana Islam dan Kristian bertemu dan wujud secara harmoni antara satu sama lain.  Di bawah struktur yang megah ini terdapat sejarah yang kaya, sama seperti kekayaan budaya kota kosmopolitan yang merupakan lokasi kedudukan mercu indah ini.  Pada mulanya dibina sebagai gereja semasa Empayar Byzantine yang kemudiannya dijadikan sebuah masjid semasa Kerajaan Uthmaniyyah, Hagia Sophia mencerminkan perubahan agama mengikut peredaran abad.  Mosaik di masjid Pada tahun-tahun kemudian, Hagia Sophia telah juga dijadikan muzium dan baru-baru ini dijadikan sebuah masjid semula.  Hari ini, para pengunjung dapat mengagumi mosaik yang mewah dan menghayati menara megah serta seni ukiran Islam yang terindah waktu melawat monumen suci ini.   2. Topkapi Palace Museum Topkapi Palace Museum Sebuah istana yang dijadikan muzium, Topkapi Palace Museum juga merupakan lokasi pelancong yang popular khas buat mereka yang menjalankan pengembaraan rohani. Muzium besar ini yang terletak di daerah Fatih, Istanbul, menempatkan Peninggalan Suci Islam para nabi termasuk warisan peninggalan Nabi Muhammad SAW selama lebih dari 500 tahun. Pusaka peninggalan Rasulullah SAW ini disimpan dalam keadaan yang rapi agar pelancong dapat menikmati keindahan busur beliau dan pedang para sahabatnya.    Peninggalan pelbagai Sultan yang berbeza di Topkapi Palace Museum Helmet dan Plat Perisai dari abad yang berlainan di Topkapi Palace Museum Ini adalah beberapa warisan pusaka yang tersimpan di istana. Para pengunjung dapat meluangkan masa menjelajahi ruang megah Uthmaniyyah dan menyusun tapak ke ruang yang pada suatu masa merupakan tempat kediaman para penguasa berkarisma.    Ruang megah Uthmaniyyah dalam keadaan rapi di Topkapi Palace Museum 3. Blue Mosque Blue Mosque (Masjid Sultan Ahmed) Satu lagi destinasi menarik untuk dijelajahi adalah keajaiban seni bina ini yang telah wujud sejak Zaman Uthmaniyyah. Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque merupakan monumen terkenal di Turki. Ia dikenali sebagai Masjid Biru kerana bahagian dalam masjid dihiasi jubin berwarna biru berjalur putih yang bercorak tradisional dan dikelilingi kaligrafi ayat suci al-Quran.   Sambil menghayati karya seni di sekeliling masjid, ketenangan dan kedamaian sungguh dirasai sewaktu melangkah masuk ke rumah suci ini. Masjid ini berfungsi sepenuhnya dan dikunjungi para jemaah yang ingin mendirikan ibadat harian. Masjid Biru ditutup kepada pengunjung pelancongan untuk solat lima waktu dan dibuka semula selepas setiap waktu.     Bahagian dalam Blue Mosque 4. Eyüp Sultan Mosque Eyüp Sultan Mosque Dirikan solat subuh di salah sebuah masjid yang terkenal di Turki sambil menikmati keindahan seni bina, reka bentuk, dan perincian yang cantik dan menarik. Luangkanlah masa untuk mengagumi persekitaran permata indah ini!   Terletak di daerah Eyüp di Istanbul, Masjid Sultan Eyüp dibina pada tahun 1453 dan merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi umat Islam yang ingin mendalami ilmu agama dengan lebih baik.  Masjid ini berfungsi sebagai lokasi pemeliharaan barang-barang peribadi Nabi Muhammad SAW dan merupakan sebuah makam sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari (juga dikenali sebagai Ebu Eyüp el-Ensari dalam bahasa Turki) yang meninggal dunia ketika membawa panji-panji Islam waktu Pemberontakan Arab ke kota ini. Para pelancong bukan sahaja dapat meneliti dari sudut pandangan orang Turki zaman Empayar Uthmaniyyah, mereka juga berpeluang untuk memahami nilai peribadi orang Turki ketika itu yang terus ditegakkan hingga ke hari ini.     5. Grand Mosque of Bursa Grand Mosque of Bursa Suasana Bursa yang menggamit jiwa menjadikan ia destinasi pelancong yang teristimewa. Di sinilah mulanya sejarah Empayar Uthmaniyyah yang luar biasa. Berkat nilai sentimental dan sejarah masjid ini meletakkannya sebagai sebuah khazanah yang tidak ternilai. Juga dikenali sebagai muzium kaligrafi, masjid agung ini dihiasi seni kaligrafi Islam yang cantik pada sekeliling dinding.   Terletak di tengah-tengah Empayar Uthmaniyyah, Grand Mosque of Bursa yang berusia 600 tahun ini adalah ibu kota pertama Empayar tersebut dan telah menjadi salah sebuah tempat perlindungan Islam yang paling terkenal selepas Masjid al-Haram di Mekah.  Struktur monumen suci ini dibina oleh pemerintah keempat Empayar Uthmaniyyah, Sultan Bayezid I untuk memperingati pertempurannya yang berjaya semasa Perang Salib Nicopolis. Digambarkan sebagai "Hagia Sophia of Bursa", ia adalah salah satu tarikan pelancong yang terpenting di Turki yang mesti dikunjungi para pelancong keagamaan.             6. Yesil Turbe (Green Tomb) Makam Sultan Uthmaniyyah Mehmed I Terletak hanya lima minit dari Grand Mosque of Bursa, makam ini merupakan sebahagian dari Kompleks Uthmaniyyah yang monumental abad ke-14 yang terdiri daripada makam, masjid, dan sekolah teologi. Makam di mana Sultan Uthmaniyyah Mehmed I dimakamkan pada tahun 1421 dibina oleh…
Read More
Turki Bina Nama Melalui Filem Blockbuster!

Turki Bina Nama Melalui Filem Blockbuster!

Para pelancong kini boleh mengunjungi lokasi filem popular di Turki dengan selamat di bawah pogram Pensijilan Pelancongan Sihat Kerajaan Turki. Kebanyakan daripada filem dan rancangan TV yang kita nikmati selama ini tidak mungkin layak dinobatkan sebagai blockbuster jika bukan kerana ‘watak’ sokongan terpenting yang adakalanya dilepas pandang iaitu lokasi penggambaran. ‘Watak’ ini memainkan peranan secara senyap di latar belakang namun nuansa yang dapat dikesan amat ketara. Betapa pentingnya untuk mencari pelakon yang sesuai untuk sesuatu watak, penting juga untuk mendapatkan lokasi penggambaran yang tepat. Tidak mungkin lengkap cerita yang ingin disampaikan kepada penonton tanpa lokasi yang besesuaian. Walaupun terdapat beberapa…
Read More
Negara-Negara Yang Tidak Mempunyai Kes COVID-19

Negara-Negara Yang Tidak Mempunyai Kes COVID-19

Pulau-pulau ini melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh negara lain iaitu dengan menjauhkan koronavirus sepenuhnya dari mereka. Di seluruh dunia, hanya ada 10 negara anggota PBB tanpa kes COVID-19 yang direkodkan. Semua pulau di Laut Pasifik, mereka adalah Republik Palau, Mikronesia, Republik Nauru (sebuah mikrostat Mikronesia), Republik Kepulauan Marshall, Republik Kiribati, Kepulauan Solomon, Tuvalu, Samoa, Republik Vanuatu dan Kerajaan Tonga, hasil dari laporan BBC. Walaupun seluruh dunia sedang memerangi koronavirus, pulau-pulau dan kepulauan yang pelbagai ini membanggakan kehormatan berjaya menguruskan virus novel ini. Tetapi untuk melakukan itu, mereka harus menutup perbatasan mereka secara agresif, dan dalam prosesnya, mengehadkan dolar…
Read More