
UNIQLO Lancar Koleksi UT Manga Demon Slayer
Gedung pakaian global UNIQLO hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan koleksi UT dua set pada bulan Ogos bagi meraikan siri Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. UT (T-shirt UNIQLO) menawarkan pelbagai grafik budaya pop dan seni asli dari seluruh dunia yang membolehkan pemakainya untuk menyatakan keperibadian mereka. Siri Demon Slayer telah mencatatkan 80 juta salinan yang beredar di seluruh dunia sejak debutnya pada tahun 2016 di majalah Shonen Jump Weekly Shueisha. Koleksi ini yang terdiri daripada lapan reka bentuk, berharga RM39.90. Koleksi ini akan tersedia di semua kedai UNIQLO di seluruh Malaysia dan di laman rasmi uniqlo.com/my. Kumpulan pertama dalam koleksi…