
Dato’ Seri Siti Nurhaliza Umum Kehamilan Kedua
Tepat tarikh keramat 1 Disember 2020, Dato' Sri Siti Nurhaliza mengumumkan kehamilan keduanya pada sidang media bersempena dengan majlis pelancaran BeauSiti bersama WonderLab. Kehamilan kedua yang melalui proses yang sama iaitu IVF seperti kehamilan beliau bersama Aafiyah. Menurut kenyataan yang dipetik dari Instagram Dato' Sri Siti Nurhaliza, "Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan." Beliau turut menjelaskan, "Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga,…