Nota Pengarang

Selamat Tinggal 2020!

Selamat Tinggal 2020!

Hi semua, kita sudah menjengah ke akhir tahun, tarikh 31 Disember 2020. Tahun ini penuh dengan cabaran yang mendatang, dugaan yang tidak disangka, turun naik kehidupan kita tanpa mengenal masa. Saya sendiri turut merasakan sedikit tempias yang dialami oleh lapisan masyarakat umum. Nyata Pandemik COVID-19 banyak merubah gaya hidup kita pada hari ini. Bagi yang masih ingkar dengan SOP yang telah dilaksanakan walaupun adakalanya SOP yang diperkenalkan amat mengelirukan masyarakat bahkan sesetengah SOP bagaikan dicipta antara dua darjat namun sebagai masyarakat di Malaysia, kita harus akur dengan SOP yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan dalam membendung pandemik COVID-19 dan meningkatkan kembali…
Read More

Hello! Dari KitaStory

Assalamualaikum WBT pembaca sekalian, buat julung kalinya, saya kembali menulis. Kali ini di platform yang berbeza. Kalau dahulu saya lebih menulis di majalah, tetapi kini secara digital pula. Saya mengambil langkah kembali menulis selepas hampir 7 tahun tidak menulis adalah kerana minat saya yang mendalam dalam bidang penulisan. Saya ingin kongsikan butir-butir kata dari hati dan jiwa saya di laman sesawang KitaStory.com yang telah saya cipta bersama rakan saya, Azril. Bermulanya lembaran baharu dengan KitaStory.com, saya ingin bercerita sedikit tentang bagaimana tercetusnya idea untuk mencipta laman sesawang ini. Saya mendapati bahawa tidak banyak laman sesawang berbahasa melayu yang menyampaikan wadah…
Read More