Cegah COVID-19

Amalkan Normal Baharu

Kita sudahpun tahu dengan situasi semasa COVID-19 di seluruh dunia. Apatah lagi di negara kita, dimana ianya tidak surut pun lagi. Ada tiga pintu utama yang membuatkan COVID-19 mudah tersebar, dari Mulut, Mata dan Hidung. Ada beberapa tips yang ingin kami kongsikan untuk panduan anda!

1. Jangan Sentuh Muka

Ya, kita acapkali menyentuh wajah kita sebanyak lebih 16 kali sehari! Sudah tentunya pada saat ini ianya amat berbahaya. Jadi, hentikan menyentuh wajah jika anda tidak melakukan pembersihan tangan terlebih dahulu.

2. Kerap Cuci Tangan

Mungkin sebelum ini, kita malas untuk mencuci tangan, tapi pada situasi kini, anda semestinya perlu untuk mencuci tangan dengan lebih kerap dengan sabun selama lebih 20 saat agar bakteria dan kuman yang ada pada tangan kita dapat dihapuskan.

3. Pakai ‘Face Mask’

Keperluan pada hari ini ialah memiliki penutup mulut dan hidung, ya tidak kira jika anda bergejala atau tidak. Ianya penting dalam peredaran semasa hari ini. Jika anda ingin keluar membeli barangan keperluan, ataupun menghantar barang, pakailah penutup mulut dan hidung. Ianya mampu mengelakkan dari terkena jangkitan.

4. Duduk di Rumah

Ya, sudah hampir 2 bulan lebih kita terkurung di rumah dek kerana Virus COVID-19. Jadi, apa salahnya untuk terus duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Ianya mengurangkan risiko jangkitan. Pelbagai aktiviti juga boleh dilakukan di rumah seperti memasak, bersenam dan selainnya.

5. Jaga Penjarakan Sosial

Jika anda berada di luar kawasan, pastikan anda menjaga penjarakan sosial anda sekurang-kurangnya 1 meter dari belakang dan depan. Lebih baik lagi, 2 meter dari orang dihadapan dan dibelakang anda. Anda juga harus jaga batasan ruang ketika bersembang.

Jika anda merasakan diri anda mempunyai simptom awal bergejala, tidak perlu panik. Terus duduk di rumah terlebih dahulu dan terus hubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui talian digital ‘Tanya Doktor’ atau Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) – 03 – 8881 0200.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts