CIIF Lancarkan Program Biasiswa Dan Dermasiswa CPIF Dengan Objektif Untuk Membantu Dan Mengasah Bakat-Bakat Baru Di Dalam Industri Kewangan Islam

CIIF menawarkan Program Biasiswa dan Dermasiswa CPIF  dengan kerjasama FWD Takaful untuk ditawarkan kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan bagi tahun kedua

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2021 – Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF) hari ini mengumumkan pelancaran Program Biasiswa dan Dermasiswa CPIF untuk ditawarkan kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan. Program ini turut disokong oleh FWD Takaful untuk tahun yang kedua dengan objektif untuk mengasah bakat-bakat muda dan melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkaliber di masa hadapan di dalam bidang kewangan Islam. Graduan yang mempunyai latarbelakang akademik cemerlang boleh memohon biasiswa CPIF dan seterusnya menyertai program CPIF (Takaful) manakala graduan daripada keluarga yang berpendapatan rendah pula boleh memohon dermasiswa CPIF untuk program yang sama. Kewujudan bantuan kewangan ini diharapkan dapat membantu menambah lebih ramai ahli-ahli profesional baru yang berbakat di dalam sektor Takaful. Permohonan untuk biasiswa dan dermasiswa kini telahpun dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2021.

Pada Januari 2021, CIIF telah melancarkan Program Profesional Bertauliah di dalam Kewangan Islam (CPIF), iaitu program perdana di bawah CIIF yang ditawarkan kepada ahli-ahli industri dan sesiapa sahaja yang beraspirasi untuk memperolehi pengetahuan mendalam di dalam bidang Kewangan Islam. Program CPIF merupakan kelayakan profesional yang dicipta khas dengan tujuan untuk melatih calon-calon dan membekalkan mereka dengan ilmu yang berguna supaya mereka berjaya menjadi pakar profesional di dalam sektor kewangan Islam. Program ini merangkumi subjek-subjek seperti Shariah, Penstrukturan Produk, Pengurusan Risiko di dalam Perusahaan, Pengurusan Strategik, Perundangan dan Pentadbiran serta Pengauditan dan Kepatuhan dan subjek-subjek lain yang boleh membantu meningkatkan pemahaman di dalam bidang-bidang berkaitan bagi calon-calon yang layak untuk membentuk mereka sebagai bakal pemimpin yang berkaliber di masa hadapan khususnya di dalam industri Kewangan Islam. Program ini dibangunkan secara teliti dengan menggunakan input daripada golongan pakar dan pemimpin-pemimpin ternama daripada industri terbabit.

Pematuhan terhadap Kod Etika dan Standard Tata Laku Profesional CIIF merupakan elemen penting di dalam program CPIF, justeru memberi kelebihan kepada ahli CIIF. Selain daripada menawarkan pendidikan profesional, CIIF juga mengetengahkan kepentingan standard amalan dan kod etika di dalam kewangan Islam untuk memastikan khidmat profesional dan produk kewangan Islam yang disampaikan mempunyai kualiti yang tertinggi.

Walaupun program ini disampaikan secara atas talian disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan COID-19, proses pembelajaran maya ini adalah menarik, interaktif dan dipermudahkan oleh tenaga pengajar yang berkebolehan dan berpengalaman daripada industri Menurut salah seorang penerima Biasiswa CPIF, En. Abdul Hadi Zalhe, kaedah pembelajaran yang ditawarkan oleh program ini sangat sesuai untuk pelajar-pelajar yang sedang bekerja sepertinya. Kelayakan CPIF juga memberikan kelebihan kepadanya dalam memenuhi tuntutan kemahiran yang diperlukan di dalam industri ini.

Dr Azura Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, CIIF.

“CIIF sangat komited dan sering berusaha untuk membangunkan dan mempraktikkan strategi-strategi yang sesuai supaya kami dapat menawarkan kemudahan dan ilmu yang terbaik kepada ahli-ahli profesional kami dan ini akan membantu mereka meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di dalam industri ini. Kemahiran pengamal-pengamal industri perlu selaras dengan kehendak dan perkembangan industri. untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat. Bagi pihak CIIF, saya menggalakan kepada graduan-graduan yang layak untuk menghantar permohonan bagi Biasiswa dan Dermasiswa CPIF bagi membantu mereka dalam usaha untuk menaiktaraf industri kewangan Islam dan mempertingkatkan status kerjaya mereka di dalam industri ini,” ujar Dr Azura Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, CIIF.

Untuk maklumat lanjut tentang Program Biasiswa dan Dermasiswa CPIF, sila layari https://cpifscholarshipbursary.ciif-global.org/

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts