Dahlia Nadirah Bina Empayar Kosmetik

Wajah Kita kali ini menampilkan figura moden perniagaan solekan menerusi jenama ‘SO.LEK’, nama Dahlia Nadirah Juhari tidak asing lagi dalam bidang perniagaan tempatan dan juga dikalangan sosialit, telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun akhir-akhir ini, mempunyai pengalaman luas dalam pemasaran produk menjadikan beliau antara ahli perniagaan muda yang begitu mudah didekati dan disegani. 

Dahlia Nadirah merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik dan mempunyai ijazah dalam bidang psikologi dan komunikasi. Kini diusia 35 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata terus melangkah ke depan untuk sebaris dengan pengasas produk kecantikkan yang lain. Untuk yang tidak mengetahui, Dahlia Nadirah juga merupakan isteri kepada penyanyi kumpulan MonoloQue, iaitu lebih dikenali sebagai LoQue atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan. 

Episod SO.LEK

“Sebelum saya terjun ke dunia perniagaan, saya pernah berkerja di dua buah bank besar di Malaysia. Pada mula karier, saya bertapak di Bahagian Perbankan Internet dan seterusnya menjadi pengurus Jenama Digital. Sewaktu saya masih di dunia perbankan, saya banyak belajar tentang selok-belok dunia perniagaan e-commerce, internet dan lain lain,” jelasnya mengenai pengalaman awalnya dalam dunia perniagaan e-commerce ini.

Ditanya lagi mengenai bagaimana bermulanya episode perniagaannya, beliau berkata, “Pada akhir tahun 2015, saya dan keluarga ke Amerika Syarikat dan ketika di sana hampir setiap hari saya ke Farmasi dan Gedung Kecantikkan dan saya telah jatuh cinta dengan produk kecantikkan mereka yang begitu murah dan kualitinya amat tinggi. Sepulangan saya ke Kuala Lumpur, saya berfikir dan bertanya pada diri sendiri, mengapa kita di Malaysia tidak boleh mencipta perkara yang sama dengan kualiti dan pada harga yang berpatutan. Makanya, dari situ, terlahirlah jenama SOLEK yang dibangunkan bersama adik lelaki saya, Luqman Hakim.”

Ibu Idola Sejati

https://www.instagram.com/p/CEPJmzOnA5s/

“Idola saya sudah semestinya Ibu saya. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya. She did everything on her own, from scratchShe graduated in Biology with highest honors from California State University and has Masters in Ecology but her field of Business is in Engineering!,” ketika ditanya mengenai siapa idola bagi dirinya.

Tambah Dahlia lagi, “Beliau merupakan seorang insan yang saya kenali sebagai seorang yang jujur dengan nilai integriti yang tinggi, super positive dan sangat cekal. SO.LEK berjaya survive 4 tahun ini atas dorongan dan nasihat Ibu. She is just so beautiful inside out!. Idola saya yang berikut pastinya is nenek sebelah ibu saya, iaitu “Mek”. SO.LEK diinspirasikan oleh arwah nenek saya.”

Beza Menjadi Ibu Berkerjaya dan Suri Rumah

“Bagi saya, tiada perbezaan yang ketara kerana kedua-duanya memerlukan tenaga dan tanggungjawab yang tinggi. Maybe if you’re an entrepenur without kids, you have more energy to focus on your business, but being a working mom, you need to know how to juggle. Your kids need you, your business need you, your team needs you. So juggling and know how to switch your focus are incredibly important!

Tips Perniagaan

Setiap perniagaan yang dibangunkan perlu mempunyai ciri objektif, Dahlia Nadirah berkongsi tips bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan pada zaman sekarang, “Yang pertama sekali, kena ada plan A, B , C & D! Bukan hanya Plan A & B sebab lihat sahaja keadaan terkini, kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang jadi kita sentiasa ada perancangan dan sentiasa bersedia. Kedua, kena ada goal dan matlamat. Ini amat penting, cuba tanya pada diri apa yang kita nak capai dalam 5 tahun akan datang?. Ketiga, dalam dunia perniagaan ini, kita kena selalu berani untuk berubah. Jangan fokus pada hanya satu benda sahaja. Fikirkan dalam 3 tahun, lepas tu kita nak buat apa dalam bidang perniagaan, kita juga harus sentiasa berani untuk berkembang. Keempat, perlu cekalkan hati, sebab banyak dugaan tak diduga akan datang dari setiap arah. Dan akhir sekali, kelima, jangan cepat merajuk dan putus asa dalam setiap perkara yang dilakukan,” katanya.

Bahagi Masa Kerjaya Dan Kehidupan Sosial

Menjalani kehidupan dalam dunia perniagaan bukanlah mudah, setiap dari masa diperuntukkan pastinya akan mempunyai batas, namun bagi Dahlia Nadirah, beliau menggunakan konsep 2 dalam 1 dalam formula pembahagian masanya, “Saya selalu berpegang kepada “Nak seribu daya, taknak seribu dalih”. Kita buat yang mana mampu, dan yang mana menggembirakan kita. Saya berada disini juga sedikit sebanyak disebabkan ‘networking’ sosial saya yang banyak membantu saya dan SO.LEK. Jadi saya luangkan masa untuk bersosial (dalam kategori sihat) bersama teman-teman & keluarga. Perniagaan saya juga perlukan saya bersosial, jadi in a way, it’s like 2-in-1!” jelasnya mengenai bagaimana pembahagian antara perniagaan dan bersosial.

Rahsia Dan Tips Kecantikkan

Setiap wanita mendambakan wajah dan kesihatan yang mutlak, begitu juga dengan Dahlia Nadirah yang saban hari mempunyai jadual kerja yang padat serta menguruskan ketiga-tiga anaknya, beliau berkongsi petua ketika ditanya mengenai rahsia dan tips kecantikkan yang diamalkan olehya, “Tiada rahsia, cuma saya sentiasa ikut apa ibu nasihatkan, banyak minum air, dan hari-hari kena cuci muka. Buat masa sekarang, saya menggunakan SEGAR iaitu produk kecantikkan kami, dan make up pun produk SO.LEK. Walaupun mempunya jenama kosmetik sendiri, saya lebih selesa memakai solekan yang minimal. Oh dan saya juga gemar memakai bedak sejuk!,” jelasnya mengakhiri perbualan secara maya.

Kongsikan 5 Fakta Menarik Tentang Dahlia Nadirah

  1. Dahlia dan ketiga-tiga anaknya bernama Bunga: Dahlia Nadirah, Anggerik Dang Jelita (sulung), Seroja Dewi Harapan (kedua), dan Melor Pelangi Merdu (bongsu)
  2. Walaupun saya nama bunga, saya kurang suka bunga… bunga yang paling saya suka ialah bunga Anggerik/Orkid sebab hidup lama.
  3. Sangat setia to my loved ones and to things I love
  4. Suka semua benda yang berkaitan dengan Malaysia. Semangat Nasionalis pada dirinya sangat tinggi. Sentiasa belajar tentang Adat Resam, Tradisi, Sejarah berbilang kaum di Malaysia. Sangat bangga menjadi anak Malaysia. 
  5. Gila kasut. Tidak berapa kisah mengenai harga, kalau harga RM5 atau RM5000 dan kalua ia sudah menjadi kesukaan, beliau akan beli dan pakai. Dan satu habit lain beliau ialah jika suka sesuatu barang, akan memiliki produk itu dalam semua warna. 
Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts