Dato’ Sri Siti Nurhaliza Rasmi Kelab Platinum & Klinik Beauty & Co

Dato’ Sri Siti Nurhaliza melancarkan Kelab Platinum & Klinik Kecantikkan Beauty & Co yang terletak di aras empat The Gardens Mall, Bangsar. Kelab platinum dan klinik kecantikkan ini merupakan cawangan ulung bagi pengusaha kecantikkan tempatan, Puan Yap Yann Fang.

Kelab platinum dan klinik kecantikkan ini sepatutnya dirasmikan pada bulan mac yang lalu ditangguhkan kerana faktor Perintah Kawalan Pengerakkan(PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan. Menurut Puan Yap, “Rancangan asal untuk majlis pelancaran ini sepatutnya diawalkan pada bulan mac yang lalu, namun faktor PKP telah membantutkan keadaan itu. Saya juga pada masa itu, ingin meminta Dato’ Sri Siti Nurhaliza untuk merasmikan namun kerana jadualnya yang padat, ianya tidak berhasil. Tetapi hari ini, saya amat berbangga dan bersyukur kerana Dato’ Sri Siti Nurhaliza sudi merasmikan kelab platinum dan klinik kecantikkan Beauty & Co.”

Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengulas, “Saya dan Puan Yap, dah kenal lama ketika beliau ada memulakan perniagaan sejak saya baru berkahwin, saya memang pelanggan setianya. Jadi waktu klinik kecantikkan ini dibuka, memang pernah datang dan menguji kehebatan mesin-mesin yang ditawarkan. Saya dan suami suka dengan rekaan dari ruang luar masuk hingga ke dalam klinik ini kerana ianya memberikan suasana yang wow dan menyenangkan!”

“Wanita juga harus menjaga penampilan luar dan dalaman. Ini merupakan perkara penting dalam membahagiakan diri kita. Saya sentiasa pentingkan penampilan diri kerana ianya bukan hanya melibatkan diri tetapi orang lain juga. Macam saya sendiri, suami saya memang seorang yang berdisplin, jadi penampilan memang dititik beratkan sejak dulu lagi. Suami saya sentiasa menyokong saya baik dari segi karier, perniagaan dan juga kecantikkan. Beliau tahu saya gemar berhias-hias, jadi beliau sentiasa menjadi penyokong saya untuk tampil lebih cantik,” kata Siti Nurhaliza.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga sempat menghiburkan pengunjung dan tetamu di majlis ini dengan dua buah lagu dari album terbaharu beliau, “Terang” dan “Siapa Tak Mahu”. Persembahan beliau ternyata membuatkan ramai teruja dengan kehadirannya dalam majlis perasmian ini. Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga berbusana merah jambu menarik perhatian ramai dengan sikap rendah dirinya.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts