Diet Seimbang dan Gaya Hidup Sihat Penting untuk Membina Sistem Imun yang Kuat

Fonterra mengesyorkan susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang untuk menyokong sistem pertahanan badan

Kuala Lumpur, 17 Julai 2020 – Normal baru akan terus berubah mengikut masa. Berikutan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penyebaran wabak koronavirus di Malaysia kini telah dilonggarkan, kebanyakan rakyat dewasa dan kanak-kanak akan mula kembali ke tempat kerja, sekolah dan tempat-tempat awam. Selain mematuhi langkah penjarakan sosial dan memakai pelitup muka, anda memerlukan sistem imun yang kuat untuk melindungi diri anda dan anak-anak anda daripada sebarang penyakit.

Wendy Goh

Menurut Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia, sistem imun yang berfungsi dengan baik adalah penting untuk melindungi badan kita daripada jangkitan dan penyakit. Tetapi, apakah caranya untuk mengekalkan sistem imun yang kuat? Mulakanlah dengan pemakanan yang baik serta gaya hidup yang sihat.

“Pengambilan diet yang sihat dan seimbang dengan pelbagai makanan yang berkhasiat merupakan cara terbaik untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan oleh badan bagi menyokong sistem imun yang kuat,” jelas Goh.

Pengambilan susu dan produk tenusu amat digalakkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang yang sihat, menurut Goh lagi. Kajian menunjukkan bahawa susu dan produk tenusu merupakan sumber semula jadi nutrien yang baik dan penting untuk imuniti seperti protein, Vitamin B2, B12, B6, Zink dan Vitamin A2.

“Segelas susu bukan sahaja menjadi alternatif yang lebih baik berbanding minuman lain, malah susu juga turut membantu untuk menyokong keperluan nutrisi yang kanak-kanak perlukan. Protein di dalam susu yang terdiri daripada asid amino yang merupakan blok binaan asas sel-sel. Protein membina kebanyakan komponen pada badan kita, termasuk kulit, otot, tulang, DNA malah sel-sel imun dan antibodi,” kata Goh.

Goh menambah bahawa badan hanya mampu menghasilkan asid amino tidak perlu. Bagi asid amino perlu, kita perlu mendapatkannya daripada diet kita.

“Protein daripada sumber tenusu dianggap sebagai protein berkualiti tinggi kerana ia mengandungi semua asid amino perlu yang kita perlukan,” tambahnya lagi. UHT atau susu cecair merupakan pilihan yang mudah – ia boleh diminum sejuk atau pada suhu bilik untuk kita peroleh nutrien penting pada bila-bila masa. Bagi kanak-kanak, terdapat pelbagai rumusan susu tepung untuk kanak-kanak di pasaran yang menyokong keperluan pemakanan mereka. Ia juga penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengekalkan ketahanan diri mereka

Selain daripada protein, anda juga boleh mendapat pelbagai vitamin dan mineral penting seperti Vitamin A, D, B2, dan B12, serta kalsium, fosforus, zink daripada susu dan produk susu.

Vitamin A menyumbang kepada pengekalan fungsi sistem imun kita dan lapisan kulit yang melindungi kita daripada bakteria berbahaya. Vitamin D berfungsi untuk mengawal fungsi imun5, serta memudahkan tindak balas imun badan terhadap penceroboh berbahaya. Zink juga berperanan dalam fungsi normal sistem imun, selain memberikan sifat antioksidan dan anti-radang. Kalsium, selain untuk membina tulang yang kuat, ianya juga penting untuk memberi isyarat kepada sel-sel imun.

“Anda mahu menyediakan snek yang baik untuk anak-anak? Dapatkan minuman susu berkultur yang mengandungi probiotik! Hidangan yang enak ini bukan sahaja mengandungi kebaikan susu, malah turut mengandungi probiotik yang menyokong usus yang sihat. Sesetengah produk susu turut mengandungi prebiotik yang menyokong persekitaran usus yang sihat. Ini penting kerana 70% daripada sistem imun kita didapati dalam usus kita!” kata Goh.

“Sesetengah produk susu turut mengandungi prebiotik yang menyokong persekitaran usus yang sihat. Ini penting kerana 70% daripada sistem imun kita didapati dalam usus kita!”​ – Wendy Goh

Goh menjelaskan bahawa usus kita mengandungi lebih daripada 200 trilion bakteria baik dan tidak baik. Keseimbangan kedua-dua jenis bakteria perlu dikekalkan kerana jika bilangan bakteria baik menurun, bakteria tidak baik akan mengambil alih dan menyebabkan penyakit. Oleh yang demikian, pengambilan probiotik dan prebiotik adalah penting untuk mengekalkan kesihatan usus yang baik, seterusnya menyokong sistem imun yang kuat.

“Mulakan dengan amalan pemakanan yang baik dan gaya hidup yang sihat untuk membina sistem imun yang berkesan. Hidangkan segelas susu untuk anda dan keluarga semasa waktu makan. Gabungan pengambilan susu dengan diet yang seimbang berserta senaman yang kerap membolehkan kita membina sistem pertahanan badan yang kuat!” tambah Goh.

Teks & Foto Ihsan Fonterra Brands Malaysia

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts