FOWLBOYS Perkenal Hidangan Ayam Goreng Ala ‘Southern’ Resipi Istimewa

Bagaimana dua usahawan muda tanpa pengalaman di dalam bidang kulinari memulakan bisnes makanan yang berjaya dengan modal RM1,000 ketika dunia menempuhi pandemik

Rasa cinta kepada hidangan ayam goreng telah mencetuskan idea kepada dua rakan baik iaitu Johann Razali (27) dan Shafiq Saiful Aznir (31) untuk memulakan projek kecil memperkenalkan ayam goreng ala Southern ke pasaran tempatan. Ini ditambah pula dengan hasil kajian yang dilakukan justeru menyedari bahawa kebanyakan hidangan ayam goreng yang dijual di Malaysia didominasikan oleh rangkaian kedai makanan segera dan restoran ayam goreng Korea. Pada Mac 2020, walaupun ketika itu Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama, ini tidak mematahkan semangat mereka untuk menubuhkan FOWLBOYS – bisnes makanan yang mengetengahkan hidangan ayam goreng ala Southern yang menggunakan resepi berasaskan buttermilk.

 Johann Razali dan Shafiq Saiful Aznir

Pada mulanya, mereka menganggap bahawa projek ini sebagai satu hobi yang mungkin tidak akan menghasilkan apa-apa keuntungan kerana mereka hanya bermula dengan modal sebanyak RM1,000 dari proses R&D sehinggalah ke hari pelancaran. “Kami mengambil masa 3 bulan untuk menghasilkan resepi ayam goreng buttermilk sehingga betul-betul berpuas hati. Kepakaran Johann di dalam bidang masakan sangat membantu kami sehingga terhasilnya resepi istimewa ini. Modal kami yang terhad merupakan salah satu faktor mengapa kami memilih untuk memulakan perniagaan dengan menjual sandwic dan bukan ayam goreng pada peringkat awal. Ketika itu, kami berdua menjalankan operasi daripada dapur kecil di dalam apartment kami. Dengan ruang yang sempit, menyediakan burger berbanding dengan ayam goreng adalah lebih murah dan senang. Kami juga telah mengambil kira bahawa set burger ayam goreng adalah satu juadah yang lengkap dan merupakan pilihan yang lebih mengenyangkan bagi pelanggan-pelanggan kami. Oleh kerana kami tidak mempunyai apa-apa pengalaman di dalam bidang kulinari, kami juga banyak belajar melalui banyak kesilapan terutamanya pada bulan-bulan terawal perniagaan,” ujar Shafiq yang bertanggungjawab menyelia dan mengurus bahagian penjenamaan dan pemasaran bagi FOWLBOYS.

Bermula dengan sandwic ayam, Motherclucker dan Batter Up! (ayam goreng & wafel ciptaan mereka), FOWLBOYSmemperbaiki resepi Motherclucker mereka dan seterusnya melancarkan dua resepi sandwic baru yang dikenali sebagai the O.Gdan Motherclucker 2.0 yang sehingga kini merupakan hidangan paling popular di dalam menu mereka. Bukan sekadar itu, Johann dan Shafiq terus mengembangkan menu mereka dengan menawarkan pelbagai hidangan sampingan dan snek untuk disajikan bersama sandwich-sandwic mereka. Johann yang merupakan pencipta utama menu ini menyatakan, “Selain daripada perapan buttermilk kami yang unik, Fowl Jam kami juga merupakan sesuatu yang tidak boleh diperolehi di tempat lain. Fowl Jam terhasil secara kebetulan ketika kami bereksperimen dengan pelbagai ramuan. Kami menciptanya dengan  menggabungkan cili tempatan dan cili import untuk menghasilkan jem yang mempunyai rasa yang manis dan pedas. Rakan-rakan kami yang mencuba jem ini telah mengesyorkan agar kami menjual jem ini. Lantas terus terdetik untuk menambahkannya ke dalam sandwich-sandwic FOWLBOYS dan  ternyata sehingga kini, ia sangat diminati di kalangan ramai pelanggan-pelanggan.”

Dengan berbekalkan sokongan kuat daripada keluarga dan rakan-rakan mereka dan setelah menjadi buah mulut ramai penggemar makanan, jenama kedua anak muda ini menerima momentum pantas di media sosial dan hasil jualan mereka terus meningkat sejajar dengan jumlah pengikut-pengikut mereka di Instagram. Shafiq teringat kepada beberapa respon di laman sosial yang membandingkan burger mereka dengan salah satu burger popular yang ditawarkan oleh bisnes makanan antarabangsa yang terkenal, “Respon sebegini menyemarakkan semangat dan memberikan kami keyakinan untuk terus bekerja dengan lebih keras untuk menjayakan bisnes yang sengit ini”.

Bulan Mac 2021 merupakan ulangtahun pertama bisnes mereka dan kedua-dua rakan kongsi ini masih giat berusaha untuk mengejar impian. Mereka senantiasa bertungkus lumus untuk memperbaiki produk mereka, contohnya, dengan menukar penggunaan roti burger beku ke burger bun kentang yang dibakar segar setiap hari oleh salah sebuah bakeri tempatan. Dari segi operasi pula, mereka telah berpindah dari apartment mereka ke dapur komersial di Mont Kiara dan kini di dalam proses perancangan untuk membuka restoran mereka sendiri di Subang Jaya, yang dirancangkan untuk mula beroperasi di suku kedua tahun ini. “Dari segi penghantaran pula, di awal perniagaan kami menggunakan servis Grab Express. Kerana kami menjalankan perniagaan dari rumah, kami tidak layak untuk menyertai platform seperti GrabFood atau FoodPanda. Melalui pengalaman ini, kami telah belajar untuk mengoptimasikan operasi dan proses penyediaan kami dari dapur yang kecil. Ini membantu mengurangkan kos operasi dan mengekalkan perbelanjaan perniagaan agar kekal rendah. Banyak yang kami belajar melalu proses ini, setiap kali kami terpaksa menaiktaraf operasi, kami terpaksa mencari penyelesaian untuk memenuhi lebih banyak permintaan sambil mengekalkan kos yang rendah dan lebih efektif. Untuk jangkamasa ini, FOWLBOYS hanya boleh didapati di Lembah Klang tetapi di dalam perancangan jangka panjang, kami berharap akan dapat mengembangkan operasi ke negeri-negeri lain. Saya juga amat gembira untuk mengumumkan bahawa kami sekarang sudah berada di platform GrabFood dan Beep. Lama-kelamaan semakin banyak kejayaan yang telah kami capai dan mudah-mudahan ini akan kekal sampai bila-bila,” ucap Shafiq sambil tersenyum.

FOWLBOYS  adalah bukti bahawa gabungan kerja keras dan idea yang tercetus ketika berlakunya pandemik boleh membuahkan hasil yang lumayan. Seperti yang telah dijelaskan oleh Johann, ”Perniagaan makanan atau F&B amat sengit kerana ramai yang mula menceburi bidang perniagaan makanan sebagai sumber pendapatan mereka ketika pandemik ini bermula. Malangnya ini juga bermaksud bahawa pasaran makanan ketika ini semakin tepu dan saingan menjadi semakin hebat. Oleh itu, faktor penjenamaan dan pemasaran adalah amat penting untuk menjamin kejayaan di dalam bidang ini. FOWLBOYS percaya dan kami berpegang kuat kepada prinsip ini. Dengan produk yang baik, dikukuhkan lagi dengan aktiviti pemasaran dan usaha yang cukup, kamu boleh memulakan perniagaan dengan berkesan. Ini merupakan industri yang memerlukan kecekalan yang kuat. Kamu kena bersedia untuk memberi jiwa dan perasaan kamu sepenuhnya ke dalam perniagaan kamu. Banyak idea yang hanya kekal sebagai idea dan tidak berjaya dilaksanakan, namun jika kajian dan gerak rasa kamu kuat bahawa idea kamu mampu dijadikan bisnes, saya sarankan untuk menjadikan impian kamu itu satu kenyataan.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fowlboyskl.com. Anda juga boleh mengikuti  akaun FOWLBOYS di Instagram untuke mendapatkan 

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts