Neelofa Kini Dengan Imej Baharu

Noor Neelofa, nama yang tidak perlu diperkenalkan kepada umum. Pengacara, pelakon dan ikon fesyen pada 15 Oktober 2020 telah membuat satu kejutan kepada peminat dan juga sahabat handai serta keluarganya apabila telah berpernampilan serba baharu.

Mengenakan imej purdah dalam satu posting Instagram miliknya, Neelofa mendedahkan beliau akan terus mengenakan imej baharunya itu.

Dengan lebih 650,000 ‘like’ dan 15,000 komen, rata-rata senang dengan perubahan yang ditampilkan oleh Neelofa. Beberapa komentar selebriti termasuklah Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffin, Khai Bahar, Amira Othman, Ramona Zamzam, Wany Hasrita, Diana Amir dan Shuibsepatu.

Membuat kenyataan ringkas, “Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berads dalam rahmat dan ehsannya,” kata Neelofa.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts