Wow! Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tampil Teaser Klip Video ‘Siapa Tak Mahu’

Wow! Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedikit demi sedikit telah mendedahkan teaser klip video lagu baharunya, ‘Siapa Tak Mahu’ di laman Instagram milik beliau. Menjanjikan kelainan dari setiap sudut pembikinan klip video ini, beliau tampil dengan imej yang berbeza dan sangat memukau.

Beberapa posting oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza di Instagramnya membuatkan ramai ternanti-nanti bagaimanakah perhasilan klip video ini yang dibintangi oleh dua pelakon tanah air, Mira Filzah dan Hun Haqeem.

Tayangan perdana klip video ‘Siapa Tak Mahu’ yang dihasilkan bersama Zeel Productions boleh disaksikan secara langsung pada jam 9 malam – 16 Oktober 2020.

Lagu ini juga akan menjadi tema bagi sebuah drama yang akan disiarkan di Slot Lestary TV3 dibintangi oleh Naim Daniel dan Cik B, berjudul Lelaki Lingkungan Cinta yang turut dihasilkan oleh Zeel Productions.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts