HOKA Memperkenalkan ST/ART Pack dengan Gabungan Sempurna Gaya dan Prestasi

Berita baik khas buat mereka yang minat bersukan dan bersenam! Menjelang Hari Raya ini, anda boleh menambah seri pada pakaian dan aksesori senaman anda dengan menggayakan koleksi ST/ART Pack daripada HOKA. Koleksi yang baru dilancarkan ini mendatangkan pilihan warna yang baharu dan menarik bagi empat model kasut HOKA yang paling digemari, lengkapi dengan pilihan pakaian sukan baharu supaya anda boleh bersenam sambil bergaya! Diinspirasikan oleh seni jalanan, warna-warna cerah dalam koleksi ST/ART Pack melahirkan rasa berani dalam diri untuk mengharungi perjalanan ke arah kecergasan.

Koleksi baharu ini terdiri daripada empat model paling popular HOKA, Arahi 6, Clifton 8, Kawana dan Mach 4 dalam pilihan warna baharu yang bertenaga. Kesemua model ini berkongsi ciri penting kasut HOKA seperti kusyen lembut yang memberi sokongan, tarikan tumit yang dilanjutkan dan jaringan kasut yang direka khas untuk keselesaan pengguna. Keempat-empat model ini juga mempunyai ciri-ciri unik mereka tersendiri yang sesuai untuk keperluan pelari.

  • Arahi 6 memberikan keseimbangan kemewahan dan sokongan dengan kusyen yang maksimum dan berat yang minimum, diperhalusi dengan lidah kasut yang lembut dan bahagian atas yang lebih ringan.
  • Clifton 8 ialah siluet terkini bagi model ikonik Clifton yang memenuhi keperluan pemakai kali pertama kasut HOKA, dipertingkatkan dengan busa tapak tengah baharu yang menjadikannya 15 peratus lebih ringan daripada model sebelumnya.
  • Bagi pelari yang mendambakan pengalaman berlari yang lancar, Kawana merupakan pilihan yang sesuai. Ia mempunyai busa tapak baharu yang memberikan lantunan padu dan crash pad yang diubah suai dengan geometri SwallowTail™ yang direka untuk peralihan tumit ke kaki yang lebih lancar.
  • Bagi mereka yang mengejar kelajuan, Mach 4 boleh dijadikan pilihan. Ia ringan, pantas dan responsif hasil daripada tab tariknya yang baharu, bahagian atas yang diperbaharui dengan benang sulam TPU yang dipasangkan dengan tekanan haba, dan bentuk kolar halus yang mengurangkan tekanan pada tendon Achilles.

Sempena Aidilfitri tahun ini, gayakanlah diri anda dengan koleksi baharu HOKA untuk penampilan yang berani dan bertenaga sama ada untuk berjoging atau untuk berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat untuk menyambut Hari Raya!

ST/ART Pack boleh didapati di kedai Running Lab mulai hari ini! Untuk menyaksikan kemewahan ST/ART Pack, sila kunjungi kedai Running Lab di:

  • Running Lab Pavilion, Lot 5.102.02, Level 5, Pavilion Elite
  • Running Lab The Gardens Mall, Lot No. T-227, 3rd Floor, The Gardens Mall
Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts

Live Updates COVID-19 CASES