i-CONNECT FINTECH Dilancarkan Untuk Memudahkan Rangkaian Kolaborasi Dan Geran Inovasi

Inisiatif ini membolehkan Malaysia untuk memanfaatkan pelbagai peluang ekonomi baru dalam inovasi disruptif justeru sebagai platform terbaik dalam persediaan menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi kewangan Islam global

Program i-Connect Fintech dalam Kewangan Islam telah dilancarkan semalam untuk membina dan memupuk sebuah ekosistem yang kondusif dan menyediakan dana bagi menyokong dan memperkasa inovasi di dalam industri teknologi kewangan Islam di Malaysia. Inisiatif ini membolehkan Malaysia untuk memanfaatkan pelbagai peluang ekonomi baru dalam inovasi disruptif justeru sebagai asas terbaik dalam persediaan menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi kewangan Islam global.

INCEIF telah dilantik sebagai Entiti Neutral bagi i-Connect oleh Akademi Sains Malaysia [Academy of Sciences Malaysia (ASM)], di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sebagai Entiti Neutral, INCEIF dipertanggungjawabkan untuk memacu 17 agensi pelopor yang mewakili industri, ahli akademik, pihak kerajaan dan swasta untuk memupuk bakat-bakat baru, memangkin inovasi dan membangunkan inovasi tempatan bernilai tinggi sebagai sumbangan di dalam industri teknologi kewangan Islam bukan sahaja di Malaysia malah di arena antarabangsa.

Juga di dalam agenda i-Connect adalah penubuhan sebuah dana untuk memupuk inovasi di dalam industri teknologi kewangan Islam dengan dua fokus utama iaitu, Pembiayaan Sosial dan Solusi Pintar, dan Digitalisasi Pembiayaan Kewangan Patuh Shariah. Komuniti pengkaji dan syarikat start-up yang terlibat di dalam industri teknologi kewangan Islam adalah dijemput untuk menghantar permohonan berkenaan inovasi di dalam industri berkenaan, terutamanya projek yang dalam fasa pembangunan dan pelancaran kepada http://www.inceif.org/i-connect.islamicfintech.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF, Prof Dato’ Dr Azmi Omar

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF, Prof Dato’ Dr Azmi Omar, yang juga merupakan salah seorang ahli pelopor i-Connect berkata, “Bagi pihak INCEIF saya begitu berbangga kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan industri sebagai pelopor kepada inisiatif i-Connect yang amat bermakna ini. Saya yakin, dengan usaha dan kolaborasi ini, konsortium yang ditubuhkan dapat membina sebuah ekosistem inovasi yang hebat bagi membangunkan produk tempatan dengan nilai inovasi yang tinggi. Ia juga dapat menjadi pemangkin kepada teknologi R&D serta perniagaan melalui inovasi berasaskan ilmu”.

Umar Munshi, Pengarah kepada ahli-ahli pelopor i-Connect dan Pengarah Urusan Ethis Group

Menurut Umar Munshi, Pengarah kepada ahli-ahli pelopor i-Connect dan Pengarah Urusan Ethis Group, “Dengan melancarkan dana kajian dan menubuhkan rangkaian kolaborasi, pihak consortium dan ahli-ahli pelopor ingin meningkatkan lagi kapasiti inovasi di dalam teknologi kewangan Islam di Malaysia dan memacu pengeluaran solusi baru ke dalam pasaran yang dapat membawa impak positif dari pelbagai segi terutamanya sosial dan kewangan”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.inceif.org/i-connect.islamicfintech

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts