IJM LAND MENYERIKAN PERAYAAN DEEPAVALI BUAT KELUARGA YANG KURANG BERNASIB BAIK

Seremban, 10 November 2020 – Pesta cahaya bakal disambut tidak lama lagi dan IJM Land kembali ke Seremban untuk menghulurkan bantuan lalu menyebarkan kegembiraan dan sifat positif kepada keluarga yang kurang bernasib baik melalui program ‘Deepavali Charity Cheer’ yang kini dianjurkan buat kali ketiga.

Anggota kakitangan IJM Land Berhad (berbaju warna biru) mengedarkan barangan kepada salah seorang penerima bantuan, Maha Laxmi dan ahli keluarganya.

Demi menanam budaya memberi dan supaya mereka yang kurang bernasib baik tidak diabaikan pada musim perayaan ini, IJM Land telah menghulurkan bantuan kepada tiga buah keluarga yang amat memerlukan dengan sumbangan kewangan berjumlah RM800 dan juga bantuan barangan runcit termasuk beras, minyak masak, tepung, kuih raya dan banyak lagi bernilai RM700.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land mengatakan bahawa kita selalu dikelilingi mereka yang memerlukan perhatian, sokongan, dan kebaikan, dan oleh itu, inisiatif ini membolehkan mereka yang kurang bernasib baik untuk berkumpul sebagai satu keluarga untuk menikmati perayaan penuh kegembiraan ini tanpa rasa bimbang.

“Di IJM Land, visi kami adalah untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai cara lalu memberi kembali kepada komuniti tempatan. Kami tidak pernah lupakan golongan kurang bernasib baik, terutamanya pada musim perayaan apabila mereka lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang,” kata Dato’ Hoo.

Anggota kakitangan IJM Land Berhad menyebarkan kegembiraan kepada keluarga Easwary sempena perayaan tersebut.

“Dengan kesempitan kewangan yang dirasai semua akibat pandemik COVID-19, terutamanya bagi mereka yang kurang bernasib baik, kebanyakan isi rumah bergantung pada simpanan yang terhad untuk memenuhi keperluan keluarga masing-masing. Tahun ini, IJM Land bukan hanya bertekad untuk menyampaikan kegembiraan malah juga untuk menunjukkan kasih sayang dan menyebarkan kebaikan sebagai rakyat Malaysia.

Sebagai tambahan kepada bantuan kewangan dan goodie bag yang diedarkan, Dato ’Hoo juga memperuntukkan pelitup muka dan pembersih tangan (hand sanitizer) untuk mengurangkan bebanan kewangan mereka untuk memenuhi keperluan norma baharu kehidupan.

M. Sundram, salah seorang penerima manfaat untuk Program Keceriaan Amal IJM Land Deepavali yang menerima sumbangan daripada kakitangan IJM Land Berhad.

Salah seorang penerima bantuan, Sirengayee yang berumur 52 tahun, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung pada suaminya, seorang pekerja penyelenggaraan, untuk menampung ketiga-tiga anak mereka. IJM Land mengambil kesempatan ini untuk memberikan monitor tekanan darah atas permintaan untuk salah seorang anak mereka yang kurang upaya yang juga menghidap penyakit kegagalan buah pinggang sejak tahun 2013.

IJM Land juga membantu dua penerima lain – Easwary, seorang ibu tunggal berusia 47 tahun yang telah menjalani pembedahan tiroid dan hidup dalam kesusahan waktu PKP ini akibat ketidakbolehan untuk memperolehi sebarang upah demi menyara tiga orang anaknya. Maha Laxmi pula kini menghadapi kesempitan kewangan apabila suaminya, Thivananthan diberhentikan kerja, dan buat masa sekarang, mereka hanya dapat bergantung pada pekerjaan yang tidak teratur untuk menyara lima sekeluarga.

Dato’ Hoo mengatakan bahawa dengan memahami latar belakang dan keperluan keluarga-keluarga ini, ia membolehkan IJM Land untuk memberikan bantuan dan sokongan untuk apa yang benar-benar diperlukan mereka.

“Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk komuniti kami dengan menerangi kehidupan mereka. Sementara negara berjuang melawan wabak COVID-19, kami percaya dengan menyumbang barang-barang keperluan seperti topeng muka dan pembersih tangan (hand sanitizer), ia akan membantu meringankan beban keluarga-keluarga ini,” kata Dato’ Hoo.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari http://seremban2.ijmland.com/

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts