Keberkesanan & Pencapaian Sulung Teknologi Sharp Plasmacuster kurangkan KoronaVirus Baharu Di Udara

Sharp Corporation telah mempelopori peranti pertama di dunia yang dilengkapi teknologi Plasmacluster,yang mendedahkan koronavirus baharu (SARS-CoV-2) di udara kepada ion Plasmacluster selama kira-kira 30 saat*3, dan menunjukkan bahawa titer jangkitan virus*4 dikurangkan sebanyak lebih daripada 90%. Kejayaan ini dicapai dengan kerjasama Profesor Jiro Yasuda dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit/Institut Perubatan Tropika, Nagasaki University, Profesor Asuka Nanbo (ahli Lembaga Persatuan Virologi Jepun) dari institusi yang sama dan Profesor Hironori Yoshiyama daripada Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Perubatan, Shimane University (juga ahli Lembaga Persatuan Virologi Jepun), dengan kerjasama Nagasaki University, sebuah institusi dihormati antarabangsa dalam bidang kajian penyakit berjangkit.

Pada Disember 2019, penularan “wabak Koronavirus 2019 (COVID-19)” yang berpunca daripada koronavirus baharu (SARS-CoV-2) telah dilaporkan, dan menjelang Ogos 2020, lebih daripada 25 juta orang dijangkiti SARS-CoV-2 dan lebih daripada 840,000 individu meninggal dunia akibat penyakit berjangkit ini di serata dunia*5. Penularan tersebut merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh masyarakat, dan memerlukan tindak balas segera diambil dalam pelbagai bidang.

Pada 2004, Sharp membuktikan keberkesanan teknologi Plasmacluster ke atas koronavirus kucing, sejenis virus dalam keluarga Coronaviridae*6. Pada tahun berikutnya, iaitu 2005, Sharp juga menunjukkan keberkesanannya terhadap koronavirus SARS asal*7 (SARS- CoV), yang menyebabkan wabak (2002-2003) dan serupa secara genetik dengan koronavirus baharu (SARS-CoV-2). Kini, Sharp telah memaparkan keberkesanan Plasmacluster terhadap SARS-CoV-2 dalam titisan bawaan udara.

Sharp telah menggalakkan pemasaran akademik*8 sejak 2000, untuk memaparkan keberkesanan teknologi Plasmacluster, menerusi kerjasama dengan organisasi penyelidikan bebas pihak ketiga di serata dunia. Setakat ini, pelbagai organisasi penyelidikan bebas telah membuktikan keberkesanan klinikalnya untuk mengekang aktiviti bahan berbahaya termasuk virus influenza pandemik baharu,bakteria tahan ubat dan kutu penyebab alahan, dan juga mengurangkan tahap keradangan bronkus*9dalam kalangan kanak-kanak yang menghidap asma. Pada masa yang sama, keselamatan ion Plasmacluster juga telah disahkan*10. Sharp akan terus memberikan sumbangan kepada masyarakat sambil melaksanakan pelbagai kajian yang menunjukkan keberkesanan teknologi Plasmacluster.

Berikut ialah ulasan daripada Dr. Jiro Yasuda, Profesor, Pusat Kajian Kebangsaan bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit, Nagasaki University

Disinfektan seperti alkohol dan detergen (surfaktan) diketahui berkesan untuk mengurangkan risikovirus di atas bahan, bagaimanapun, bagi jangkitan menerusi aerosol (mikrotitisan), terdapat hanya beberapa penghalang berkesan seperti pelitup muka.

Di sini, penyahaktifan berkesan SARS-CoV-2 dalam titisan bawaan udara oleh teknologi Plasmacluster telah terbukti. Ia dijangka berguna untuk mengurangkan risiko jangkitan dalam ruang kehidupan sebenar termasuk pejabat, rumah, kemudahan perubatan dan kenderaan.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts