Kekalkan Kesihatan Mulut Bersama Listerine® Sambil Nikmati Juadah

105 kilogram durian segar untuk dimenangi dalam Peraduan Listerine® Top Spenders hanya dengan Watsons Malaysia 

Warga Malaysia amat mencintai makanan mereka dan senarainya tidak berkesudahan dalam soal pemilihan juadah lazat tempatan, di mana sesetengahnya mungkin agak berbau atau kuat rasanya. Salah satu makanan tempatan yang paling ikonik ialah durian, juga dikenali sebagai “Raja buah-buahan”. Buah tropika unik ini mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang digemari ramai. Namun, di sebalik cinta kami terhadap durian, raja buah ini mendatangkan beberapa masalah kepada mulut kita – yang paling biasa adalah nafas berbau, yang susah untuk hilang selepas menjamu durian, walaupun anda memberus gigi!

Walaupun kebanyakan warga Malaysia dibesarkan dengan amalan kebersihan memberus gigi dua kali sehari, hakikat saintifiknya adalah memberus sahaja hanya membersihkan 25%* daripada mulut! Memberus gigi sahaja tidak mencukupi untuk memastikan seluruh mulut bersih kerana ia masih meninggalkan ruang-ruang di antara gigi, dan juga di bahagian bawah garis gusi. Akibatnya, bakteria berkumpul pada lidah dan pada bahagian dalam pipi. Lama-kelamaan ini boleh menyebabkan masalah mulut seperti nafas berbau, plak dan masalah gusi. 

Untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar mengekalkan kebersihan mulut mereka walaupun ketika menikmati makanan tempatan seperti durian, Listerine® bekerjasama dengan Watsons Malaysia bagi menganjurkan Peraduan Top Spenders, kini hingga 30 Jun 2021! Para pemenang peraduan yang menarik ini berpeluang memenangi durian yang berjumlah sebanyak 105 kilogram dan masih dapat mengekalkan nafas mereka segar dengan jenama pengkumur mulut isi rumah!

Stephen Tiu, Pengarah Negara, Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson bagi Malaysia dan Singapura, berkata, “Walaupun baunya kekal pada mulut untuk berjam-jam selepas makan, kita masih tidak ragu-ragu untuk menikmati durian apabila tiba musimnya. Listerine® ialah jenama pengkumur mulut harian yang diluluskan oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan kami menggalakkan warga Malaysia untuk mengekalkan seluruh mulut mereka bersih dan nafas mereka segar setiap masa bersama perlindungan mulut Listerine® yang berkuasa menembusi bahagian di mana pemberusan biasa tidak mampu dan berkesan membasmi 99.9%** kuman di dalam mulut. Pada masa yang sama, Listerine® membantu menguatkan gusi dan gigi serta mengurangkan pembentukan plak, supaya kita boleh terus menikmati semua makanan lazat di Malaysia.”

Listerine® dan Watsons Malaysia menggalakkan pencinta durian untuk terus menikmati Raja buah-buahan dan mengekalkan nafas mereka segar pada tahun ini dengan menyertai peraduan Top Spenders melalui tiga langkah mudah:

  • LANGKAH 1: Beli mana-mana produk Listerine® dan kumpulkan pembelian anda ketika tempoh peraduan (25 Mei hingga 30 Jun 2021)
  • LANGKAH 2: Jawab pernyataan ini: Listerine® melindungi mulut anda daripada nafas berbau – (BENAR/SALAH)
  • LANGKAH 3: Hantarkan gambar resit-resit anda dengan maklumat yang berikut melalui WhatsApp ke 017-252 9742: 
    • Nama penuh, 4-digit akhir kad pengenalan dan jawapan kepada soalan pada Langkah 2

Hadiah-hadiah untuk dimenangi termasuk:

  • HADIAH UTAMA x2 (Pembeli 2 tertinggi): 30KG durian + Kad hadiah RM50 Watsons 
  • HADIAH KEDUA x3 (Pembeli tertinggi 3 – 5): 15KG durian + Kad hadiah RM50 Watsons  

HADIAH ISTIMEWA x100 (Pembeli 6 – 105 tertinggi): Baucar RM10 GrabFood 

Tambahan pula, Listerine® sedang memperkenalkan dua pilihan baharu edisi terhad pada bulan Jun yang terdapat secara eksklusif di Watsons. Selain menawarkan detoks harian kepada mulut anda, ia juga datang dengan penutup keselamatan kanak-kanak.

0% tanpa alkohol, perisa segar maksima: Listerine® buah-buahan edisi terhad adalah Pomelo & Passion Fruit dan Aloe & Cucumber. Dirumuskan dengan gabungan 4 jenis minyak pati antibakteria (Thymol, Eucalyptol, Menthol, dan Methyl Salicylate), tanpa alkohol untuk mengurangkan intensiti, gabungan perisa beraspirasikan botani ini membasmi 99.9%** kuman dalam masa 30 saat berbanding dengan memberus sahaja. 

* Gigi kita hanya meliputi 25% daripada mulut.

** Kuman yang menyebabkan nafas berbau, plak dan masalah gusi lain.

Listerine® Pomelo & Passion Fruit dan Aloe & Cucumber edisi terhad boleh didapati secara eksklusif di Watsons mulai bulan Jun 2021 pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM19.50 untuk setiap botol 500ml.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Listerine® Malaysia (https://www.listerine.com.my) atau ikuti Listerine® Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/ListerineMalaysia).

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts