Kerjasama Siemens dan BioNTech Hasilkan Vaksin Secara Global

Syarikat bioteknologi Jerman BioNTech SE yang beribu pejabat di Mainz, dan Siemens berhasrat untuk meluaskan kerjasama strategik mereka. Mereka bercadang untuk meningkatkan usaha sama bagi memperbesar dan membangunkan kapasiti pengeluaran vaksin Covid-19 dengan pesat. BioNTech mengumumkan rancangannya untuk mendirikan pusat pengeluaran bagi menghasilkan vaksin Covid-19 di seluruh dunia, bermula dengan sebuah kemudahan pengeluaran di Singapura, berdasarkan teknologi dan kilang sedia ada miliknya di Marburg.

Sebelum ini, BioNTech dengan sokongan Siemens berjaya menukar sebuah kemudahan pengeluaran miliknya di Marburg kepada sebuah pusat penghasilan vaksin dalam tempoh lima bulan sahaja. Menerusi kerjasama ini, Siemens akan membekalkan teknologi digitalisasi dan automasi terkini seperti reka bentuk, simulasi, dan perisian kejuruteraan serta teknologi kawalan proses untuk pusat pengeluaran BioNTech.

“Siemens dan BioNTech telah bekerjasama dengan jayanya selama bertahun-tahun. BioNTech ialah antara syarikat pertama bersama Pfizer yang memperkenalkan vaksin baru mRNA ke dalam pasaran. Teknologi dan kepakaran kami yang telah teruji berjaya membantu mereka untuk menukar kemudahan pengeluaran mereka dalam tempoh lima bulan sahaja berbanding setahun. Sekarang, kami ingin memindahkan kejayaan ini kepada pusat-pusat pengeluaran lain bagi memastikan vaksin Covid-19 boleh dibekalkan ke seluruh dunia dengan segera,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Digital Industries merangkap Ahli Lembaga Siemens AG, Cedrik Neike. 

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts