Koleksi Kita Diciptakan Luar Biasa Ramadan Levi’s® 2021

Di Ramadan Ini
Kita diciptakan semula
Untuk membuka hati
Mengubah minda
Mengeratkan persaudaraan
Untuk meraikan satu sama lain
Kerana kita diciptakan luar biasa
Salam Ramadan

Kala kita menyambut kehadiran bulan Ramadan dalam keadaan yang suram ini, luangkan masa seketika untuk menentukur semula dan raikannya dengan penuh optimisme terhadap pembaharuan yang mendatang. Utamakan perkara yang penting. Berhubung semula dengan mereka yang berada di sekitar kita di saat kita meraikan kepelbagaian individualiti yang mempunyai nilai-nilai penuh makna di musim perayaan ini. Setiap individu dicipta unik dan luar biasa, dan lahir untuk menghasilkan perkara yang mengagumkan.   

Ramadan ini akan menjadi bulan yang sangat istimewa, di mana kita meneruskan cara kehidupan baharu untuk kesejahteraan manusia. “Ini adalah peluang tepat untuk melihat ke dalam diri kita dan memberi perhatian terhadap mereka yang berada di sekeliling kita – ahli keluarga, jiran, rakan, insan tersayang, mereka yang tidak diendahkan, mereka yang kurang bernasib baik dan sebagainya. Levi’s® percaya pada usaha ke arah perubahan positif, justeru menyerlahkan bagaimana ungkapan gembira, kehangatan serta hubungan interaksi antara keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan ini berupaya mewujudkan rasa penuh hormat dan penerimaan, terutama dalam meraikan perbezaan sesama kita,” – Imran Butt, Pengurus Negara Levi Strauss Malaysia.

Sebagai tanda hormat kepada musim perayaan yang penuh girang, kempen Ramadan tahun ini mengetengahkan etos empati, original, integriti dan berani dalam satu mesej yang penuh harapan bagi mengingatkan kita bahawa kemajuan hanya berlaku apabila kita bersifat inklusif dan saling memahami. Apabila kita dapat mengatasi halangan, kita mampu bersatu dan mengangkat suara antara satu sama lain untuk mencetuskan perbezaan. “Sebagai jenama yang terus berkembang menerusi semangat perintis dan inovatif tanpa henti, kami mahu dilihat sebagai pendorong untuk menyebarkan mesej bahawa kebaikan itu tidak lapuk ketinggalan zaman. Dan apakah maksudnya kebaikan? Ia yang menjadikan dunia kita lebih baik, daripada meraikan perbezaan antara satu sama lain hinggalah kepada memilih pakaian yang dihasilkan dengan mengambil kira kesejahteraan planet ini.” – Imran Butt, Pengurus Negara Levi Strauss Malaysia.

Koleksi Ramadan 2021

Koleksi ini menzahirkan aspek harmoni dan keselesaan, dengan rangkaian menyeluruh untuk baju dan celana yang meraikan individuality serta stail peribadi. Palet warna lembut disulami pastel ceria menghiasi koleksi ini bersama fabrik lestari dan berprestasi tinggi dalam potongan moden yang menonjolkan impak optimisme anda di musim perayaan ini. Perhatian terarah pada rangkaian baju dan seluar berteknologi sejuk baharu, yang direka dengan fabrik lut udara (breathable), meregulasi suhu dan teknologi penyerapan lembapan bagi memastikan anda kekal dingin dan segar di bawah terik mentari. Helaian dalam koleksi ini menampilkan fabrik lestari seperti adunan Cottonized Hemp dan Tencel™ untuk memberikan keselesaan optimum.

Wujudkan mikroklimat (microclimate) antara anda dan celana yang disarungkan, menerusi Sorbtek Repreve – serat poliester bersumberkan daripada botol air kitar semula, yang mengalihkan lembapan daripada kulit selain memberi perlindungan UV. Teknologi terkini ini menawarkan ciri-ciri sumbu dalam keadaan menegak, di mana serat berongga bertindak memerangkap udara dan menebat lembapan dari luar fabrik bagi memastikan pengeringan pantas. Ia helaian yang mengatasi jangkaan anda, daripada fabrik yang bersesuaian dengan iklim sehinggalah kepada teknologi di sebaliknya, berikutan ia sebahagian daripada komitmen Levi’s® untuk menyediakan pilihan yang lebih bertepatan, yang akan mengubah industri ke arah lebih baik.

Untuk Wanita

Koleksi Ramadan Levi’s® 2021 untuk wanita menyerlahkan variasi siluet dalam gabungan cetakan serta fabrik yang menarik digayakan di musim perayaan ini. Melangkah ke musim panas dengan adunan palet rona merah jambu, kuning dan neutral yang digabungkan bersama logo mod vintaj bermusim pada helaian kait dan tenun untuk penggayaan menyeluruh. Antara sorotan koleksi ini adalah trend utiliti/soft surplus dengan perincian poket pada helaian High Waisted Cargo dan Loose Cargo, serta jaket ringan untuk dilapisi pada gaun longgar, kemeja petak atau tunik. Padankannya bersama pelbagai potongan fabrik lestari, antaranya 721 High Rise Skinny Ankle ke 314 Shaping Straight, lalu disuntik elemen estetika feminin serta perincian romantis pada bahagian lengan dan leher. Ia peralihan gaya kontemporari kepada stail musim perayaan yang boleh digayakan berulang kali. 

Untuk Lelaki

Koleksi Ramadan 2021 untuk lelaki pula menampilkan versi COOLMAX yang dipertingkatkan dengan serat New Aerolight – serat poliester bersifat menguruskan kelembapan yang dipintal dalam teknik khas untuk menjadikan serat itu seakan kapas dan memberikan kesan kain yang lebih lembut. Koleksi ini terdiri daripada helaian denim dan bukan denim, dalam gaya jalanan yang diperbaharui bersama perincian, potongan jean berinspirasikan era lampau serta stail klasik dalam beberapa padanan. Rangkaian lengkap terdiri daripada corak dan cetakan yang padat untuk memberikan gaya tersendiri di musim perayaan ini. Untuk penampilan yang lebih segar dan menarik, gabungkan kemeja berkolar Mandarin bersama celana XX Chino dalam pelbagai tahap regangan untuk keselesaan maksimum. Andai padanan Levi’s® klasik jadi pilihan, lapisi dengan kemeja utiliti serta seluar jeans 512 Slim Taper. Untuk tampil lebih santai, gabungkan kemeja-T, baju panas atau jaket Trucker bersama seluar pendek kargo.    

Berharga antara RM199 ke RM329, koleksi Ramadan Levi’s® ini boleh didapati menerusi levi.com.my dan di butik Levi’s® seluruh negara mulai April 2021.   

Untuk maklumat lanjut sila layari www.levi.com.my atau kunjungi laman Instagram Levi’s® di www.instagram.com/levismy/  

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts

Live Updates COVID-19 CASES