Koleksi Musim Luruh & Sejuk 2021 Onitsuka Tiger

Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger berterusan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi

Lantas, Onitsuka Tiger membuka koleksi Musim Luruh & Dingin kali ini dengan cetusan inspirasi alam semula jadi banjaran Himalaya yang hebat dan agung ketika musim dingin, di samping ledakan aktiviti pendakian dan trekking pada tahun 1970-an. 

Musim ini, Andrea berkolaborasi dengan Toyoki Adachi, pereka dan pengarah artistik jenama grafik tekstil “nowartt”, dan menggabungkan rekaan grafik mereka kepada setiap helaian koleksi ini. Grafik tekstil ini, dihasilkan menerusi kombinasi dua konsep yang saling bercanggah – “vintaj x seni” dan “analog (lukisan tangan) x digital” – digunakan pada helaian seluar trek klasik, jaket tebal serta beg galas.   

Koleksi ini juga mencerminkan teknologi gaya hidup yang mengkhususkan kepada aspek fungsi iaitu asal-usul Onitsuka Tiger, di samping perincian reka bentuk estetik jenama ini yang penuh dengan hasil mutu ketukangan dan ketelitian. Helaian utama dalam koleksi ini adalah material fleece atau bulu biri-biri, yang sesuai untuk mengekalkan rasa hangat serta mencegah selesema semasa sesi pendakian musim sejuk, manakala siri nilon yang menawarkan gabungan warna neon mempesona bersama jahitan sulaman yang halus dan unik. Koleksi ini tidak ketinggalan mengetengahkan penggayaan kreatif yang mengguna pakai helaian rekaan minimalis. Kot tebal atau puffer serta jaket berjalur dan gaun nyata menghasilkan gaya mod.  

Untuk padanan sepatu, model terkini ditampilkan dengan menggabungkan elemen arkib bersama rekaan kontemporari. Menerusi sokongan dari seluruh dunia, Onitsuka Tiger melancarkan pelbagai reka bentuk unik bagi musim ini, termasuk kasut but dengan cengkaman kuat yang dapat menakluki gunung – di mana gunung ini mewakili Mentaliti Metropolitan dan masyarakat moden. Berdasarkan daripada kasut trekking yang diperkenalkan pada 1966, koleksi HMR PEAK TRAINER dikemaskinikan dari segi rekaan serta fungsinya untuk gaya hidup moden. Sementara koleksi MOAGE CO & MOAGE MO menggabungkan sentuhan moden penuh bergaya pada rekaan klasik, manakala BIG LOGO TRAINER PUFFED menonjolkan jaluran ikonik Onitsuka Tiger yang melangkaui hingga ke tapak luar kasut.     

Koleksi Musim Luruh & Dingin 2021 Onitsuka Tiger ini hanya boleh didapati di beberapa butik terpilih dan menerusi https://www.onitsukatiger.com/my/en-my/p/aw21 mulai Julai 2021.

@onitsukatigerofficial 

@onitsukatigermy

#OnitsukaTiger 

#OnitsukaTigerMY

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts