KSK LAND Imbau Pengalaman Nostalgik Menerusi Makanan Tempatan Sempena Hari Malaysia

Sempena sambutan Hari Malaysia kali ini, KSK Land, salah satu syarikat pemaju hartanah gaya hidup terkemuka di Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan sebuah video yang mengembalikan nostalgia dan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Diacarakan oleh pemegang anugerah pereka fesyen tempatan iaitu Tengku Syahmi, bekerjasama dengan KSK Land, penonton akan menyaksikanvideo berdurasi 5 minit dan 30 saat mempamerkan Tengku Syahmi meneroka keindahan Malaysia menerusi makanan tempatan sekitar Kuala Lumpur.

Perfileman video ini mengambil masa 12 jam dimana beliau menjalani “pengembaraan makanan” dari restoran kegemaran ibu bapanyadan beberapa kedai makanan terbaik di Kuala Lumpur yang menggamit kenangan berharga bersama yang tersayang. Perasaan yang tidak pernah berhenti untuk mendalami pelbagai kebudayaan di Kuala Lumpur, menikmati makanan tempatan dan kesukaan ramai, video ini berakhir dengan mengintip ke rumah keluarga beliau yang tercinta, dicurahi dengan kasih sayang, dan sudah pasti, makanan.

“Makanan juga adalah salah satu cara untuk mempamerkan identiti budaya kita, terutamanya di Malaysia di mana ia dianggap sebagai destinasi utama untuk makanan. Sempena sambutan Hari Malaysia, kami mahu membangkitkan perasaan nostalgia dan semangat patriotisma melalui makanan dan menghargai kepelbagaian budaya,” kata Joanne Kua, Pengarah Urusan KSK Land. “Di KSK Land, kami juga mahu memberi penghargaan kepada pengusaha makanan yang masih bertahan sehingga kini. Kami ingin membangkitkan kebanggaan budaya melalui makanan, ”katanya lagi.

Untuk memperkasakan industri makanan di Malaysia, bulan lalu KSK Land telah melancarkan program “Platter Accelerator”. Program ini memberikan sokongan kewangan dan bimbingan industri kepada calon yang terpilih dan sesuai dengan visi KSK Land untuk memastikan Malaysia kekal menjadi destinasi masakan terulung di Asia. “Kami sentiasa mengingati tujuan asal kami iaitu untuk meningkatkan pengalaman gaya hidup supaya kami dapat mencipta memori yang tidak akan dilupakan, dan dengan cara yang lebih baik bersama “Platter”, sebuah tempat makanan “experiential” terletak di 8 Conlay”, tambah Kua.
 

Penonton boleh berinteraksi dengan Tengku Syahmi dan juga Jonathan Liang, Pengarah Penjenamaan KSK Land pada Hari Malaysia iaitu 16 September,pada jam 5 petang di laman Instagram 8 Conlay dan facebook KSK Land. Mereka juga akan membicarakan tentang pembuatan video disebalik tabir dan mengapa KSK Land bekerjasama dengan Tengku Syahmi untuk menghasilkan video Hari Malaysia ini.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts