Landskap Politik Malaysia

Malaysia sedang menghadapi pelbagai cabaran semasa yakni telah memberi kesan yang menyeluruh kepada kehidupan rakyat. Pelbagai ujian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia antaranya peralihan kuasa di antara Kerajaan Pakatan Harapan kepada Kerajaan Perikatan Nasional. Di sebalik peralihan itu berlaku, Negara kita terus dikejutkan dengan wabak penularan COVID-19 yang menjadi ancaman nombor satu dunia.

Naratif politik negara telah digegarkan dengan perletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad disebabkan hilang kepercayaan atau suara majoriti oleh setiap Ahli Parlimen. Keputusan oleh Tun M amat mengejutkan kerana ia adalah pertama kali dalam sejarah Perdana Menteri membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya sebelum penggal berakhir. Ternyata, kesepaduan atau kebersamaan Kerajaan Pakatan Harapan amat “fragile”. Tiada kesepaduan yang jitu antara pimpinan Pakatan Harapan dalam memutuskan sesuatu keputusan.

Kesan daripada pergolakan yang berlaku ketika Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin telah mula mengumpulkan “signing declaration” atau SD oleh setiap ahli parlimen pembangkang untuk memilih beliau sebagai Perdana Menteri yang Ke-8. Setelah tandatangan oleh Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang dan sebahagian daripada Kerajaan telah diperolehi, maka Tan Sri Muhyiddin bersama-sama Ahli-ahli Parlimen lain mengadap YDPA Agong untuk dimohon Perkenan bagi membentuk sebuah Kerajaan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional.

Setelah Baginda bertemu dengan semua Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, Baginda telah menetapkan satu keputusan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 yakni selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk atas persetujuan ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional, PPBM, PAS, GPS, GBS yang menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Kesan daripada pergolakan yang berlaku ketika Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin telah mula mengumpulkan “signing declaration” atau SD oleh setiap ahli parlimen pembangkang untuk memilih beliau sebagai Perdana Menteri yang Ke-8.​

Hari pertama terbentuknya Kerajaan tersebut, negara dilanda pelbagai keresahan antaranya ekonomi negara diancam dengan pelbagai cabaran luar seperti Perang Dagang China-USA, kejatuhan harga minyak, halangan perdagangan oleh negara tertentu, komoditi sawit yang dikaitkan dengan alam sekitar dan pandemik covid-19 seumpama perang dunia ketiga sehinggakan kerajaan harus melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebagai rakyat Malaysia, saya sebagai seorang anak muda ingin menyeru sahabat-sahabat untuk kita bersama-sama bangkit dan perangi Covid-19 habis-habisan. Lupakan politik seketika, kita bangunkan negara yang telah ranap diuji dengan pelbagai onak duka yang telah kita lalui.

Landskap Politik Malaysia akan terus berubah-ubah. Kerajaan semasa belum lagi kukuh dan wujud pelbagai tentangan daripada pihak pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan yang tiada 2/3 majoriti dalam parlimen. Pastinya Pembangkang akan cuba untuk mengusulkan “vote of no confidence” di sidang Parlimen akan datang. Tetapi pada hemat saya, usul tersebut tidak akan berjaya disebabkan Perdana Menteri akan berusaha untuk mengekalkan kekuatan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional sedia ada.

Zainal Adzam Bin Zainal Awaluddin

Pengerusi Waris Selangor

PENAFIAN: Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan pengarang / penyumbang

dan tidak semestinya mewakili pandangan KitaStory.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts