Le French Film Festival 2022 kini kembali khas buat rakyat Malaysia!

Wahai Rakyat Malaysia, kini tiba masanya untuk kita berpesta ala Perancis dengan Le French Film Festival (LFFF22) edisi ke-20 yang sangat dinanti-nantikan! Akhirnya, kita dapat menikmati segala keseronokan yang tepat mewakili keistimewaan City of Lights dengan pelbagai aktiviti bersandarkan budaya perancis dari 9 – 26 Jun 2022 di Kuala Lumpur, dan sehingga 17 Julai di seluruh Malaysia.

Dianjurkan oleh Alliance Française Malaysia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta Kedutaan Perancis di Malaysia, pengunjung festival dari semua lapisan masyarakat akan berpeluang untuk merangsang kelima-lima deria mereka dalam pengembaraan Perancis yang lain daripada yang lain! Festival tahun ini menampilkan pelbagai program yang akan mengajukan peminat filem, peminat teater dan muzik serta peminat gastronomi dengan tayangan filem Perancis yang memenangi anugerah, tawaran gastronomi, pelbagai bengkel yang menyeronokkan dan banyak lagi.

Semasa majlis perasmian LFFF22, Presiden Alliance Française Kuala Lumpur, Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkongsi dengan penuh kegembiraan menyatakan bahawa selepas dua tahun ‘berkurung’, pasukan Alliance Français kini bersiap sedia untuk membawa kembali kemeriahan Festival Filem Perancis ke kalendar sosial rakyat Malaysia.

“Selepas dua tahun berkurung akibat pandemik, kami berbesar hati dapat kembali sekali lagi untuk menceriakan Malaysia dengan perayaan untuk semua, termasuk untuk anak-anak kecil dengan “Festival Le Petit” kami – program yang julung kali diadakan ini terdiri daripada enam buah kisah menarik yang memikat hati. Bagi mereka yang gemar makan malam atau menikmati persembahan teater, kami pasti barisan pertunjukan tahun ini tidak akan mengecewakan,” kata Tengku Zatashah.

“Festival ini bukan sahaja untuk memperkenalkan pilihan filem terbaharu Perancis yang terbaik ke Malaysia, ia juga merupakan peluang untuk kami berkongsi art-de-vivre budaya Perancis dan minat bersama warga Perancis dan Malaysia pada nikmat gastronomi, muzik, teater dan seni,” kata Tuan Yang Terutama Roland Galharague, Duta Besar Perancis ke Malaysia yang turut hadir pada majlis perasmian LFFF22.

Puan Violaine Dupic, Pengarah Alliance Française Kuala Lumpur berkongsi bahawa setiap edisi festival ini bertujuan untuk membina persefahaman dan memupuk penukaran budaya antara Perancis dan Malaysia.

“Seni mengundang kita untuk mengembara ke ufuk lain sambil meluaskan lagi imaginasi. Budaya Perancis dan bahasanya, seperti budaya Malaysia, mempunyai banyak aspek, yang mencipta kekayaannya. Kami percaya Festival Filem Perancis ini mencerminkan kekayaan budaya kami lalu menggalakkan dialog”, kata Violaine.

Rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam aktiviti yang merangkumi seni persembahan dan visual, muzik, gastronomi, dan trend dan hiburan terkini dari Perancis termasuk:

  • French Film Festival terbesar di Malaysia dengan 21 filem Perancis yang memenangi anugerah terkini (dengan sari kata Bahasa Inggeris), dengan penampilan filem bertajuk “Aline”, biopik lucu dan mencuit hati yang mengisahkan penyanyi terkenal dunia Céline Dion, hasil lakonan dan arahan pelakon Perancis, Valérie Lemercier
  • Program terbaharu yang direka khas untuk si kecil, Le Petit Festival
  • Les Arts de la Table”, “Élans Radieux” dan “Le Corbusier” – tiga pameran eksklusif yang memberikan inspirasi melalui estetika luar biasa dan rekaan yang terbaik
  • Bengkel dan acara berkaitan gastronomi
  • La Fête de la musique – program muzik sepanjang malam untuk semua citarasa dan penggemar muzik dalam suasana yang menyeronokkan
  • Solstice Lunaire” – konsert luar biasa yang menyentuh pelbagai deria yang menghimpunkan tiga negara dan benua: Malaysia, Perancis dan Columbia
  • Persembahan Electro Acoustic Latin Jazzy House yang dibawakan oleh No Black Tie – dipersembahan oleh trio yang akan menghidupkan kembali old school jazz funk disco

Penggemar Festival boleh menantikan Le French Film Festival 2022 di bandar berdekatan pada tarikh-tarikh berikut:

  • Kuala Lumpur   : 9 Jun – 26 Jun
  • Pulau Pinang     : 30 Jun – 10 Julai
  • Johor Bahru      : 7 Julai – 10 Julai
  • Kota Kinabalu   : 14 Julai – 17 Julai

Le French Film Festival 2022 berjaya dilangsungkan hasil sokongan Penaja Emas, Cartier dan Martell, dan rakan usahasama Golden Screen Cinemas, serta penaja dan rakan kongsi lain termasuk:

Penaja

AGS, Bolloré, Devialet, Escatec, PAUL Malaysiadan Mazars.

Rakan Kongsi

Alba Chocolatier, Asia-Europe Institute, Be Unik, Cinema Online, Christofle, Embassy of Colombia in Malaysia, DPAC, Euroasia, E&O, George Town Festival, Hin Bus Depot, Institut Français, Kamerata KL, KL Shakespeare Players, L’Oréal, Le Méridien, Mercure, MFCCI, Monin, MUBI, Nathalie Gourmet Studio, No Black Tie, Penang State Library, Penang Tourist Guides Association, RT+Q, Sofitel, The Hive, Turkish Airlines, University Malaya, USM dan REXKL.

Tiket untuk semua program festival ini boleh didapati di laman web www.lefrenchfestival.com.my.

Tiket untuk menikmati mana-mana filem LFFF22 sudah pun dijual melalui aplikasi GSC, laman web www.gsc.com.my atau melalui e-kiosk di pawagam GSC yang mengambil bahagian.

Kongsi Artikel Ini
By Aziyyati Kamal

Related Posts

Live Updates COVID-19 CASES