LEVI’S® Tampil Kempen Buy Better Wear Longer

Hadirnya musim bunga kali ini menyaksikan kemunculan kempen terkini Levi’s® – “Buy Better, Wear Longer” – yang berusaha meningkatkan kesedaran dan bercerita mengenai tanggungjawab bersama terhadap impak alam sekitar berikutan kesan penghasilan dan penggunaan pakaian. Menampilkan sekumpulan penggerak perubahan antaranya Jaden Smith, Xiye Bastida, Melati Wijsen, Xiuhtezcatl, Emma Chamberlain dan Marcus Rashford MBE — kempen global pelbagai platform ini menggabungkan komitmen berterusan Levi’s® dalam menghasilkan pakaian berkualiti yang dapat bertahan sehingga ke beberapa generasi dengan mengambil semangat enam ikon serta aktivis ini dalam menanggani isu-isu penting demi masa depan planet kita. 

“Pada dasarnya denim Levi’s® adalah untuk dipakai daripada generasi ke generasi, bukannya musim. Justeru, kami menggunakan kempen ini untuk menggalakkan pengguna agar lebih peka dengan pilihan padanan mereka: dengan memakai setiap helaian lebih lama, misalnya membeli Levi’s® SecondHand atau menggunakan kemudahan Kedai Jahit dalam butik kami untuk memanjangkan lagi hayat pakaian mereka,” ujar Jennifer Sey, Presiden Jenama Levi’s®. “Sebagai sebuah syarikat yang meraikan perintis serta berazam membawa penyelesaian persekitaran yang berdaya cipta ke dalam pasaran, kami membawa suara kami melalui diri pemimpin muda ini. Perubahan pasti  hadir  jika kitq  bersatu dan merendah diri  untuk saling bekerjasama dengan mereka dalam mengurangkan impak kolektif kita di bumi ini.” 

Buy Better, Wear Longer juga merangkumi usaha berterusan Levi’s® untuk mendorong amalan pengilagan dan pengeluaran yang lebih mampan: dengan memacu tindakan iklim dan air dan dengan melabur dalam bahan serta teknologi seperti Cottonized Hemp dan Organic Cotton, di samping melakukan penskalaan perusahaan Water<Less®, yang memperlihatkan usaha Levi’s® untuk mengurangkan jejak sumber semula jadi sekali gus membantu membentuk industri pakaian yang lebih mesra alam. Sebagai contoh, 76% daripada keseluruhan produk Levi Strauss & Co. dan 70% daripada keseluruhan celana serta jaket Trucker Levi’s® kini dibuat menggunakan teknologi Water<Less®  – dicipta berdasarkan siri teknik kemasan dan garis panduan kitar semula air yang berupaya menjimatkan lebih daripada 4 bilion liter air lalu menghasilkan kitar semula hampir 10 bilion liter air sejak kali pertama ia diperkenalkan. Inovasi ini dijadikan sebagai sumber terbuka untuk dikongsikan dengan industri bagi menerapkan amalan penjimatan air ini. 

Kami sedar bahawa pengeluaran dan penggunaan fesyen telah mencapai tahap yang tidak lestari: antara tahun 2000 dan 2020, jumlah penggunaan pakaian global meningkat sebanyak dua kali ganda. Kita mempunyai lebih banyak pakaian dalam almari, namun kadar pemakaian setiap helaian semakin berkurangan. Kita kemudiannya terlalu cepat membuangnya, menyimpan pakaian untuk tempoh yang lebih singkat berbanding apa yang kita lakukan pada 15 tahun lalu. Itulah sebabnya kami berkumpul bersama untuk menggesa “Buy Better Wear Longer”  – dengan pengiktirafan pada diri bahawa kita mempunyai tugasan penting yang perlu dilakukan sendiri. 

“Anda akan merasai pengalaman berbeza apabila mengenakan jeans yang pernah turut sama mengharungi kehidupan bersama anda, atau ketika anda memilih menyarung jeans terpakai. Sepasang Levi’s® mampu bertahan lebih lama dan mempunyai nilai yang lebih tinggi. Ia adalah berkaitan dengan ketahanan fizikal dan emosi yang cuba kami tawarkan kepada pengguna apabila melabur pada kualiti serta nilai rekaan yang berpanjangan,” — Paul Dillinger, Naib Presiden Inovasi Produk.    

Rakan kempen kami tidak ketinggalan berkongsi semangat yang sama dalam usaha ini. Emma Chamberlain adalah suara utama di kalangan generasinya. Dia seorang pencinta fesyen sejati yang lebih gemar berjimat cermat, menggunakan barangan terpakai dan menjadikan sesuatu yang lama kepada koleksi baru. Sementara itu rakan lama yang turut berfikiran sama, Jaden Smith, menyatakan bahawa minatnya terhadap air mendorongnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai sumber planet kita yang terhad. Marcus Rashford, pemain bola sepak Inggeris, pula adalah seorang dermawan dan penyokong tegar untuk belia dari komuniti yang kurang berkemampuan.  

“Dunia yang kita diami ini mendorong kita untuk terus membeli. Ia meletakkan kita dalam kitaran yang buruk. Saya gembira dengan mesej Levi’s® yang menjadikan aspek jimat cermat sebagai sesuatu yang cool. Ada antara helaian kegemaran saya adalah terpakai. Dan saya amat gembira apabila melihat Levi’s® menyokong suara-suara muda ini yang lantang bersuara untuk alam sekitar.” – Jaden Smith     

Sebagai tambahan kepada ikon-ikon budaya ini, tiga aktivis muda bertindak seiring dengan laungan mereka: Melati Wijsen, usahawan sosial Indonesia berusia 20 tahun, pengasas bersama organisasi tidak berteraskan keuntungan, berjaya melarang penggunaan plastik di Bali pada 2019 melalui kempennya dan kini memberi tumpuan terhadap memperkasakan golongan muda. Xiye Bastida, lahir dan dibesarkan di San Pedro Tultepec, Mexico, sebuah bandar yang kerap dilanda bencana kemarau dan banjir, amat faham dengan impak perubahan ikim dan kini giat memperjuangkan masa depan yang lebih mesra planet. Aktivis iklim berketurunan orang asli yang juga artis hiphop, Xiuhtezcatl, menghasilkan trek lagu seperti “What the Frack” dan “Speak for the Trees,” di mana dia mengadunkan muziknya dengan sentimen keadilan terhadap alam sekitar.         

“Krisis iklim ini adalah ancaman terbesar yang kita hadapi namun ia juga peluang terbesar untuk kita menuju ke depan.” — Xiye Bastida 

Kempen Buy Better, Wear Longer kini berlangsung di semua platform Levi’s® – digital, sosial dan penyiaran – secara global dalam usaha berkongsi mesej secara meluas, dan sebagai peringatan bahawa masa depan lestari adalah salah satu perkara di mana syarikat-syarikat serta pengguna seluruh dunia bersatu dalam menafsir semula bidang fesyen ini. Kami akan berkongsi kisah tentang suara-suara muda ini selama beberapa bulan akan datang dan terus menyoroti misi penggerak perubahan ini yang membayangkan masa depan lebih inklusif serta mesra planet untuk kita semua.  

FILEM KEMPEN LEVI’S® BUY BETTER, WEAR LONGER SINI

IMEJ KEMPEN LEVI’S® BUY BETTER, WEAR LONGER SINI

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts

Live Updates COVID-19 CASES