MARRYBROWN Hulur Bantuan Sempena Hari Wanita Antarabangsa

Sejak berdekad-dekad yang lalu, seluruh dunia telah menggariskan kepentingan kesaksamaan jantina dimana peluang sama rata diberikan kepada semua tanpa mengira jantina atau seksualiti. Sambil kita berjuang untuk mencapai lalu memperkukuh kesaksamaan jantina di tempat kerja atau di rumah, wujudnya ramai diantara kaum hawa yang tidak langsung diberi apa-apa pilihan atau peluang untuk menciptakan kehidupan yang baik. Pada Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, Marrybrown Malaysia menegaskan komitmen jitu mereka untuk meningkatkan lagi kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita dengan menyumbangkan lebih daripada 1,500 set hidangan Marrybrown kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Women of Will, Women Aid Organisations, Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, PSPK Women Development Centre and Grace Home Klang – sebagai tanda memperingati golongan wanita yang rentan.

Marrybrown, rantaian restoran makanan segera Halal yang terbesar di Malaysia, bertekad untuk menghidupkan cogan kata Women Boleh lalu menghubungi dan menghulurkan sumbangan kepada beberapa organisasi yang menyediakan tempat perlindungan dan sokongan kepada golongan wanita yang kurang bernasib baik dan rentan. Sudah tentu bukan semua diantara kita yang diberikan peluang yang untuk menempuh cabaran dalam kehidupan masing-masing. Justeru itu, Marrybrown berhasrat untuk memastikan golongan ini tidak terasa terpinggir atau dibiarkan dan bahawa mereka sentiasa ada dalam ingatan.

“Kami mengagumi organisasi-organisasi yang menyediakan tempat perlindungan kepada wanita-wanita rentan dan mewujudkan peluang bagi mereka untuk memulakan kehidupan semula. Kami ingin memainkan peranan kami untuk menolong organisasi-organisasi ini untuk memperkasakan golongan yang kurang bernasib baik supaya mereka mampu berdikari. Usaha ini hanya boleh dijayakan jika semua pihak dapat bekerjasama,” kata Datin Nancy Liew, Pengarah Urusan Marrybrown.

Sejak penubuhannya lebih daripada 40 tahun yang lalu, Marrybrown berwawasan untuk memperkukuh kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita, terutama dalam organisasinya. Marrybrown mementingkan kesaksamaan jantina di tempat kerja dengan memastikan kesamarataan jantina pekerja di pejabat pengurusan dan juga di rantaian restoran. Marrybrown yakin bahawa dengan memberi peluang yang sama kepada semua untuk belajar dan berkembang sambil meningkatkan nilai kepimpinan mereka, perniagaan akan dapat berkembang lebih menyeluruh dan semua inisiatif syarikat akan berkembang dengan lebih positif. 

“Sebagai seorang wanita, waktu saya mula-mula mengasaskan perniagaan ini, saya terpaksa menghadapi banyak rintangan. Walau bagaimanapun, dengan daya ketahanan dan dedikasi, lagi-lagi dengan sokongan tempat kerja yang mementingkan kesaksamaan jantina yang memberi peluang sama rata kepada semua untuk mengakses sumber organisasi, kami sebagai sebuah syarikat berjaya mencapai kebaikan yang sekaligus mengharumkan nama Marrybrown di peringkat global,” kata Datin Nancy.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV

Delivery: https://mbdelivery.com.my

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts