MonoloQue Lancar EP ‘Perang Halimunan’

Kumpulan monoloQue baru-baru ini telah melancarkan sebuah EP yang diberi judul, “Perang Halimunan”. Album mini ini atau “EP Extended Play” yang telah dilancarkan secara maya & berperingkat sejak mula tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) / Movement Control Order (MCO) dilaksanakan pada Mac 2020 untuk membendung penularan virus Covid 19 lalu di hampir kesemua gedung-gedung muzikDigital seperti Spotify , iTunes, Apple Music dan sewaktunya.

Boleh di katakan kesemua lagu yang ada di dalam EP kali ini, loQue telah berjaya “memecahkan tembok” dari segi penulisan dan bunyian kerana terbukti ianya berbeza jika dibandingkan dengan rakaman album-album monoloQue sebelum ini iaitu Jejak Tanah (Album Pertama, 2011) , Inderaloka (EP Pertama, 2013) & Jangan Puja Sampai Kecewa (Album Kedua, 2017).

Merangkumi 7 buah lagu di dalam EP kali ini yang turut menampilkan lagu-lagu seperti “Soalan Yang Tiada Jawapannya”, “Tunjuk Aku Belas Kasihan”, “Tiang Seri” dan “Hari Raya Ini Dalam Sejarah Versi Keroncong”( lagu versi kumpulan telah dilancarkan pada 2013).

Kesemua lagu yang terkandung didalam EP ini telah ditulis, digubah, dirakam dan diadun sepenuhnya oleh loQue dari kamar tidur anak-anaknya Anggerik, Seroja dan Merdu sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts