Snek Sihat Munchy’s Tingkat Imuniti

Munchy’s Crackers Plus Baharu membekalkan 10 nutrien untuk membantu menyokong sistem imun badan!

Jenama biskut No. 1 Malaysia^, Munchy’s baru-baru ini telah melancarkan biskut kraker (cream cracker) baharu yang diperkaya dengan 10 nutrien termasuk vitamin B dan C dan mineral Selenium dan Zink, yang boleh membantu menyokong sistem imun badan dari segi pertahanan halangan fizikal. Ramai warga Malaysia kini duduk di rumah untuk keselamatan, Munchy’s Crackers Plus BAHARU adalah produk berinovasi membantu pengguna menikmati snek yang sihat serta memenuhi permintaan untuk makanan yang lebih sihat, termasuk snek.

Kajian pengguna global menunjukkan bahawa makanan snek menjadi rebutan ketika pandemik ini. Kajian State of Snacking 2020* yang dikeluarkan setiap tahun melaporkan pengambilan snek telah berkembang di seluruh dunia sepanjang tahun dengan catatan 88% responden dewasa mengatakan bahawa mereka mengambil snek lebih daripada ataupun dalam jumlah yang sama sebelum pandemik; dan lebih daripada 50% responden menyatakan bahawa mengambil snek merupakan “talian hayat” untuk mereka, terutamanya dalam kalangan 69% responden yang bekerja di rumah.

Kajian trend pengguna global juga mendapati bahawa snek berperanan membolehkan pengguna di seluruh dunia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan 64% daripada responden mengatakan snek memberikan khasiat kepada badan manakala 56% responden menyatakan snek yang meningkatkan imuniti diberi pertimbangan yang paling utama. 

Trend pengambilan snek global ini  menepati sentimen para pengguna di Malaysia yang turut berminat untuk mengekalkan pemakanan yang sihat dan secara aktif cuba untuk memperbaiki tabiat pengambilan makanan mereka sebelum pandemik, menurut laporan Food Industry Asia (FIA) 2019**. Dalam suasana pandemik seperti sekarang, pakar industri juga melihat trend peningkatan dalam memilih snek yang lebih sihat dan lazat dengan harga yang berpatutan di Malaysia.
Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia

Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia berkata bahawa permintaan untuk snek yang lebih sihat dan berkhasiat terus meningkat, oleh itu pelancaran Munchy’s Crackers Plus dengan 10 nutrien yang baharu adalah tepat pada masa untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat ini. “Oleh sebab pandemik yang berterusan ini, pengguna kini lebih peka akan kesihatan dan keselamatan berbanding sebelumnya. Kami di Munchy’s percaya bahawa misi jenama kami adalah untuk membekalkan makanan yang lebih sihat, lazat dan menarik untuk memberikan detik-detik yang gembira dan bahagia kepada pengguna. Produk kami menggunakan bahan-bahan dengan kualiti terbaik dan membekalkan standard tertinggi dan ketekalan produk dalam semua jenama kami. Munchy’s Crackers Plus dilahirkan secara inovatif memenuhi janji jenama kami dan juga untuk memanfaatkan kesihatan dan peningkatan imunisasi yang diperlukan semua orang sekarang melalui biskut yang dinikmati. Kami berharap produk baharu ini bukan sahaja memberikan nutrisi dan menyokong kesihatan bagi keluarga rakyat Malaysia, malah memberikan kegembiraan untuk mereka ketika duduk di rumah bersama memerangi pandemik ini,” katanya. 

Biskut Munchy’s Crackers Plus baharu ini diperkaya dengan 10 nutrien seperti vitamin, asid folik, kalsium, zat besi, selenium, Zink dan lebih lagi. Biskut ini juga bebas kolesterol dan lemak trans, menjadikannya snek yang sesuai untuk dinikmati tanpa sebarang rasa serba salah! Jika anda mencari rasa dan tekstur yang sesuai, biskut ini dapat memenuhinya dengan keenakan yang rangup dan lazat berkrim dalam setiap hidangan!

Munchy’s Crackers Plus boleh didapati dalam tiga perisa: Original High Calcium, High Protein Chia Seeds dan High Fibre Whole Grain pada harga pasaran yang disyorkan iaitu RM4.80 (300g) dan RM10.90 (700g). Kini anda boleh menikmati 10 vitamin dan mineral dalam setiap pek Munchy’s Crackers Plus yang memberi anda lebih banyak nilai untuk wang anda!

Munchy’s Crackers Plus baharu KINI BOLEH DIDAPATI di semua pasar raya besar dan kedai-kedai utama di seluruh negara . Anda juga boleh membeli secara dalam talian melalui kedai rasmi Munchy’s di Lazada dan Shopee.

Untuk kemas kini dan berita menarik dan lazat, sila ikuti dan “Like” Munchy’s di Facebook atau Instagram. 

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts