Neutrogena Bright Boost Hidupkan Keserian Kulit Dengan Bahan Terbaharu, Neoglucosamine®

Tingkatkan penggantian permukaan kulit sebanyak 10X! 

Kita berbeza antara satu sama lain, namun kita berhadapan dengan cabaran yang sama, iaitu ingin menampil dan merasakan yang terbaik setiap hari. Seiring dengan peningkatan usia, penggantian permukaan kulit kita menjadi semakin perlahan. Ini bermakna kulit segar dan baharu yang menjadikan wajah kita nampak berseri kini memerlukan masa lebih lama untuk muncul.

Dengan gaya hidup yang sibuk, faktor ini menjejaskan keserian semula jadi kulit ketika anda meningkat ke usia 20-an atau awal 30-an, terutama ketika anda berada di peringkat di mana anda tidak lagi mempunyai jerawat, tetapi belum membentuk kedutan. Selain itu, anda tidak mempunyai banyak masa untuk menggunakan pelbagai produk pada kulit anda. Adakah terdapat sesuatu yang boleh membantu anda menangani kulit kusam dan kering dengan tona dan tekstur yang tidak rata?

Neutrogena Bright Boost

Neutrogena memperkenalkan Bright Boost, rangkaian pencerahan baharu untuk semua jenis kulit untuk menangani masalah kulit kusam dan memberikan anda kulit yang berseri!

Apa yang membuat Neutrogena Bright Boost unik adalah ia dibuat berdasarkan maklum balas daripada wanita yang menghadapi masalah yang sama, iaitu kulit kusam. Rangkaian penjagaan kulit ini adalah hasil kolaborasi global pertama antara lima saintis wanita yang berbakat dari pelosok dunia yang berbeza: Natali Abreu dan Anna Rose dari Amerika Syarikat, Carine Hardy dari Perancis, Anna Trondoli dari Brazil, dan Diyana Sudarsono dari Singapura. Bersama-sama, mereka telah membangunkan rangkaian pencerah kulit universal yang memenuhi pelbagai keperluan daripada jenis kulit dan iklim yang berbeza.

Keberkesanan Neutrogena Bright Boost adalah hasil daripada bahan pencerah kulit terkini yang dikenali sebagai Neoglucosamine®. Seperti bagaimana Asid Hyaluronik meningkatkan penghidratan, gula amino unggul ini “menghidupkan” kecerahan dan membantu menggantikan semula kulit. Tidak seperti pencerah kulit yang lain, Neoglucosamine® merupakan blok binaan bagi Asid Hyaluronik yang membantu memperbaharui kulit untuk kulit yang lebih segar dan lebih berseri. Ia juga berguna untuk mencegah garis halus!

Setiap 30 hari, lapisan atas kulit kita akan tanggal dan diperbaharui dengan sendiri. Namun, semasa proses tersebut, sel-sel lama ini kadang-kala tersekat, menyebabkan kulit kelihatan kusam. Sebagai pengelupasan tanpa asid, Neoglucosamine® berfungsi dalam tiga cara untuk mencerahkan kulit:

  1. Mengganti permukaan kulit: Terbukti dapat meningkatkan pergantian permukaan kulit 10X lebih cepat berbanding kulit yang tidak dirawat, Neoglucosamine® mempercepatkan proses pembaharuan kulit dengan mencegah sel-sel lama ini daripada tersekat.
  2. Tona sekata: Memberikan warna dan tekstur kulit yang lebih sekata dengan merencatkan pengeluaran pigmentasi kulit untuk mengurangkan penghasilan bintik-bintik hitam.
  3. Penghidratan: Sebagai bahan asas Asid Hyaluronik, Neoglucosamine® berkesan membuat kulit lebih anjal supaya kulit tampak lebih berseri.

Menurut Low Kiu Fung, Pengurus Pemasaran Kesihatan Pengguna, Johnson & Johnson Malaysia, “Diimport sepenuhnya dari Amerika Syarikat, rangkaian penjagaan kulit Bright Boost tersedia secara eksklusif di Watsons, salah satu penyedia kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini,” jelasnya.

Sesuai untuk semua jenis kulit, Neutrogena Bright Boost terdiri daripada tiga produk untuk membantu menghilangkan kusam dan kulit yang cerah:

LANGKAH 1: PENGELUPASAN

Neutrogena Bright Boost Resurfacing Micro Polish

Neutrogena Bright Boost Resurfacing Micro Polish (RM55.00 / 75ml)

Dengan 3X kekuatan menggilap berbanding scrub biasa, penyental muka yang lembut ini menggelupas kulit dan menghilangkan kusam serta merta sambil membersihkan kotoran, minyak, daki, bendasing dan bakteria. Diformulasikan dengan AHA Glikolik dan Mandel, serta pelicin kulit yang dihasilkan secara semula jadi, gunakannya hingga 3 kali seminggu untuk kulit yang lebih halus dan lebih cerah.

LANGKAH 2: PENINGKATKAN

Neutrogena Bright Boost Illuminating Serum

Neutrogena Bright Boost Illumating Serum (RM94.00 / 30ml)

Diformulasikan dengan kepekatan tertinggi Neoglucosamine® dan diperkaya dengan Ekstrak Kunyit yang menenangkan, serum wajah ini jelas meratakan tona dan tekstur kulit, membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik hitam dan hiperpigmentasi. Setiap pagi dan petang, sapukan 4-5 titik pada kulit dan urut dengan lembut dengan hujung jari.

LANGKAH 3: MELEMBAPKAN

Neutrogena Bright Boost Gel Cream

Neutrogena Bright Boost Gel Cream (RM95.00 / 50ml)

Mengurangkan kekusaman dan bintik-bintik gelap dengan ketara untuk kulit licin dan berseri! Gel-krim ini mengandungi Neoglucosamine®, AHA, PHA, dan Asid Mandelic untuk meningkatkan pergantian permukaan kulit sebanyak 10X. Gunakan pada waktu pagi untuk kecerahan sepanjang hari dan pada waktu petang untuk penghidratan berterusan, dan anda akan melihat penambahbaikan pada tona kulit, tekstur dan garis halus.

Petua Kecantikan Neutrogena: Rangkaian Bright Boost selamat digunakan dengan bahan seperti AHA, BHA dan PHA. Namun, jika rutin penjagaan kulit anda merangkumi produk yang mengandungi Retinol, kami mengesyorkan anda menggunakannya secara berselang untuk hasil yang terbaik!

Rangkaian penjagaan kulit Neutrogena Bright Boost boleh didapati di Watsons (di kedai dan dalam talian di www.watsons.com.my) mulai DISEMBER 2020.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Neutrogena Malaysia(www.neutrogena.com.my) atau ikuti laman Facebook Neutrogena Malaysia(www.facebook.com/myneutrogena) untuk berita kecantikan terkini. 

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts