Panduan Hadiah Krismas Sonos 2020

Musim Krismas tahun ini mungkin sedikit berbeza namun kami yakin bahawa perayaan ini tetap dapat dimeriahkan dengan mendengarkan lagu dan menonton filem kegemaran bertemakan Krismas sambil menikmati hiasan pokok Krismas yang cantik berkilauan. Anda juga tidak perlu risau soal hadiah kerana wujudnya pembesar suara Sonos yang bersesuaian untuk setiap kesempatan dan untuk setiap teman!

Sambil anda memikirkan cara paling sempurna untuk membuktikan penghargaan anda kepada orang-orang tersayang pada musim Krismas ini, kami di Sonos telah pun menyediakan panduan hadiah Krismas yang boleh anda memanfaatkan waktu percutian berjarak sosial tahun ini.

Untuk Penggemar Filem – Beam

Pasti ramai yang kenal kaki filem yang bertutur mengikut petikan skrip! Sonos Beam adalah pembesar suara pintar (bar bunyi) yang paling serba boleh untuk ruang tamu. Ia mendatangkan bunyi berdefinisi tinggi yang sempurna untuk filem, rancangan TV, muzik dan podcast. Beam menyokong 100+ perkhidmatan penstriman, Google Assistant, Amazon Alexa dan Apple AirPlay 2.

Beam yang bersaiz kompak ini meskipun kecil, ia tetap dapat menghasilkan pengalaman teater rumah yang tidak tertanding untuk ruang pelbagai ukuran. Lengkapkan Beam anda dengan Sonos Sub atau Sonos One/SLs yang boleh dipasangkan di bahagian belakang ruang untuk mendengarkan dialog drama secara jelas, raungan binatang liar sambil menononton dokumentari, atau titisan hujan dalam filem seni. Pemasangannya yang ringkas memudahkan anda untuk menikmati kualiti bunyi yang hebat di ruang yang terpilih.

Statistik Sokongan:

  • 70% mengatakan mereka lebih cenderung menonton dari sofa mereka sementara hanya 13% mengatakan mereka lebih banyak menonton di pawagam tempatan.

*Sumber: Penyelidikan Prestasi

Promosi Disember: RM 2,129 (RRP: RM 2,399)

Tawaran sah dari 4 hingga 27 Disember 2020

Mereka mungkin juga suka – Sonos Arc

Berbilik besar dengan TV yang lebih besar? Sonos Arc boleh dijadikan pilihan.

Dengan Arc, anda dapat menikmati pengalaman muzik dan filem di rumah secara terbaik dengan bunyi Dolby Atmos sinematik yang disesuaikan dengan kesempurnaan teknologi Trueplay.

Harga Runcit: RM 4,499

Tawaran sah dari 4 hingga 27 Disember 2020

Untuk Ibu Berbilang Tugas – Sonos One/One SL

Kita semua mengenali seseorang yang sentiasa sibuk dimana beban mereka mungkin boleh diringankan dengan sedikit bantuan – dengan Sonos One, mereka boleh meminta Amazon Alexa atau Google Assistant untuk memainkan lagu penenang untuk menidurkan bayi, memasangkan penggera waktu makan bayi, menjawab apa-apa soalan sekalipun sambil membuat kerja yang lain. Kajian menunjukkan bahawa muzik dapat mengurangkan tekanan dan ini boleh dimanfaatkan oleh para ibu bapa demi mengurus tekanan harian. Mereka juga boleh memainkan white noise daripada mana-mana pembekal muzik untuk menenangkan bayi atau anak kecil masing-masing. Sesuai untuk ruang kecil, Sonos One juga boleh dipasang di meja ganti anda.

Pilihan ini terbaik juga untuk ibu yang bekerja dari rumah!

Dalam tinjauan global yang dilakukan oleh Sonos 1 baru-baru ini, muzik didapati mampu meningkatkan produktiviti sambil menurunkan tahap tekanan secara ketara. Alunan lagu yang merdu dapat menaikkan semangat seseorang dalam waktu sukar dan muzik terbukti berkesan untuk menenangkan jiwa dan menguruskan tekanan.

Sama ada untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja atau untuk merancang perjumpaan sosial jarak jauh, satu faktor yang penting untuk mendatangkan motivasi adalah ketersediaan runut bunyi yang bersesuaian. Sonos One yang dilengkapkan dengan binaan suara membolehkan penjadualan dilakukan dengan arahan suara. Anda boleh juga menyegerakkan One dengan aplikasi meditasi untuk menghilangkan tekanan atau memuat turun aplikasi Calm untuk menguruskan stres lalu merehatkan diri selepas kesuntukan hari.

Statistik Sokongan:

  • 76% mengatakan bahawa muzik dapat membantu mereka menghasilkan karya terbaik. Inilah dinamakan pemulangan pelaburan! 
  • 75% ibu bapa mengatakan muzik dapat membantu mengurangkan tekanan di rumah. 

*Sumber: Sonos Brilliant Sound Survey

Mereka mungkin juga minat : One SL

One SL boleh dijadikan pilihan dimana ia menampilkan bunyi yang sama hebat tanpa mikrofon (walaupun anda boleh juga mematikan mikrofon pada Sonos One).

Promosi Krismas:

One – RM 1,049 (RRP: RM 1,199)

One SL – RM 849 (RRP: RM 999)

Tawaran sah dari 4 hingga 27 Disember 2020

Untuk Peminat Endorfin – Sonos Move

Sesuai untuk rakan anda yang minat bersukan, Move berkuasa bateri dan mudah alih untuk penggunaan di mana-mana sahaja! Dengan Move, mereka boleh membina senarai main khas untuk menghasilkan suasana studio untuk senaman di rumah. Mengikut statistik, 68% orang mengatakan bahawa muzik dapat meningkatkan motivasi mereka untuk bersenam terutamanya apabila mereka teragak-agak untuk memulakan senaman.

Dengan reka bentuk yang premium, Move tahan lasak dan bersedia untuk apa jua persekitaran luar. Ia mampu menahan impak jika terjatuh, hujan, kelembapan, habuk dan kotoran, sinar UV, suhu melampau, dan mempunyai penarafan IP56. Kalis peluh dan tahan titisan, Move berfungsi dengan lancar untuk aktiviti yoga, berbasikal di bilik, atau apa-apa sahaja aktiviti kegemaran anda. Kuasa bateri Move membolehkannya berfungsi sehingga sepuluh jam secara berterusan dengan sekali caj. Di rumah, Move boleh dicaj dengan mudah menggunakan portal pengecasan dalaman untuk memastikan ia bersedia untuk digunakan sepanjang masa. Mod gantung diaktifkan secara automatik apabila tidak digunakan atau anda boleh juga mengaktifkan mod ini secara manual dengan menekan butang kuasa untuk penggunaan bateri yang bertahan hingga lima hari.

Statistic sokongan

  • 68% orang mengatakan bahawa muzik dapat meningkatkan motivasi mereka untuk bersenam terutamanya apabila mereka teragak-agak untuk memulakan senaman.

*Sumber: Sonos Brilliant Sound Survey

Promosi Krismas: RM 2,289 (RRP: RM 2,499)

Tawaran sah dari 4 hingga 27 Disember 2020

Kami menghasilkan panduan ini untuk mendatangkan inspirasi kepada anda dan kami harap anda boleh mendapatkan idea untuk pemberian hadiah musim percutian tahun ini. Sama ada anda memilih untuk mengenakan baju tidur yang selesa dan berbaring di sofa pada hujung minggu atau memakai pakaian sukan untuk melakukan senaman di rumah, pasti ada pilihan pembesar suara Sonos yang paling sempurna untuk apa sahaja kesempatan dan keinginan – lagi-lagilah untuk kenalan anda yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti di atas!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kemaskini dan promosi produk Sonos, sila kunjungi https://trysonos.my/

Sonos boleh didapati di saluran berikut di Malaysia: 

  • Trysonos.my 
  • Lazada
  • Shopee
  • Harvey Norman 
  • Machines
Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts