Peraduan Istimewa dari THE CHICKEN RICE SHOP Sempena Merdeka & Hari Malaysia

Dalam usaha untuk menerapkan semangat patriotisme dan nasionalisme sempena Bulan Merdeka tahun ini, rangkaian restoran keluarga Halal terkenal, The Chicken Rice Shop (TCRS) mengadakan Peraduan Merdeka & Hari Malaysia yang akan berlangsung dari 10 Ogos – 16 September. Peraduan ini bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain.

Walaupun kita tidak dapat menikmati perayaan besar-besaran pada tahun ini dan menyaksikan perarakan sambutan perayaan, TCRS bertekad untuk menyemarakkan semangat patriotism dan selain itu, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapat ganjaran hanya dengan memuat naik foto atau video di media sosial (Facebook atau Instagram) yang menggambarkan kebanggaan masing-masing sebagai seorang anak Malaysia.

Cik June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa TCRS bangga akan usahanya dalam memperingati perayaan nasional dan menyokong sepenuhnya usaha pihak lain yang tegar menunjukkan apa maksud sebenar sebagai seorang anak Malaysia pada tahun ini.

“Merdeka tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas. Ia lebih daripada membuktikan nilai patriotisme; kami menerima kepelbagaian dan perbezaan antara satu sama lain sambil meraikan persamaan. Kami mahu rakyat Malaysia meluahkan rasa cinta pada negara dan buktikan kebanggaan mereka sebagai seorang warganegara Malaysia.

“Ini adalah cara kami untuk menunjukkan dan menyebarkan rasa cinta kepada negara bersama para pelanggan yang kami sayangi dan kami berharap bahawa melalui inisiatif ini, kami dapat benar-benar menghargai hari istimewa ini bersama-sama,” kata Cik June.

Dengan harapan untuk meraikan semangat kebersamaan, TCRS akan memilih 63 pemenang bertuah untuk menerima baucar tunai TCRS bernilai RM50 dan TCRS Merdeka Little Chick Doll eksklusif.

Semua peserta diminta untuk tag @thechickenriceshop, bersama #ayammalaysian #TCRS, dan menetapkan profil kepada umum agar layak menyertai peraduan ini.

Dengan slogan ‘Chicken Rice… and More,’ TCRS sentiasa berasa bangga dengan asal usul mereka sebagai jenama tempatan dan terus berusaha untuk membawa nilai positif kepada negara dengan perkongsian pengalamanhebat sempena perayaan nasional ini.

“Sebagai jenama anak Malaysia, kami sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat tanah air, dan ini adalah sesuatu yang kami banggakan. Ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka. Nantikan pelbagai peraduan & kempen menarik dari kami pada masa terdekat!”kata Cik June.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts