Pertunjukan Fesyen DIOR di TikTok

Pada 29 September (8.30 malam waktu Malaysia) dari Jardin des Tuileries di Paris, Dior menjemput komuniti TikTok untuk menemui LANGSUNG dari akaun TikTok rasmi @Dior, pertunjukan fesyen Spring-Summer 2021 Ready-To-Wear yang memperlihatkan kreativiti yang mempesona Maria Grazia Chiuri.
 
Dari New York, Los Angeles, Paris, Milan, Tokyo atau Sydney, ciptaan Dior akan bebas dari sempadan dengan TikTok, yang membolehkan berjuta-juta pengguna platform menikmati momen kreativiti dan perkongsian yang diselitkan dengan sihir dan emosi.

Untuk mengikuti pertunjukan fesyen langsung priort-à-porter musim bunga-musim panas Dior, sila kunjungi akaun TikTok rasmi @Dior dan klik pada ikon Langsung.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts