Program IJM Land ‘New Year, New Hope’ Bersama Warga Emas

IJM Land mewujudkan permulaan yang baru bagi 14 orang warga emas di Seremban sempena perayaan Tahun Baru Cina 

Untuk memeriahkan lagi perayaan Tahun Baru Cina, IJM Land mendatangkan kebahagiaan dan harapan baru khas untuk para warga emas di Persatuan Kebajikan Warga Usia Emas Tong Sim Seremban melalui program mereka yang bertema ‘New Year, New Hope’. Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat dan merealisasikan perayaan Tahun Baru penuh kegembiraan yang akan selalu diingat oleh penduduk rumah kebajikan tersebut.

Dato ’Hoo Kim See (dengan warna biru), Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad, menyampaikan barang dan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Warga Usia Emas Tong Sim Seremban sebagai persiapan untuk Tahun Baru Cina yang akan datang.

Selain daripada Program Amal Tahunan sempena Tahun Baru Cina mereka yang telah berjaya dianjurkan baru-baru ini dimana tiga buah keluarga kurang bernasib baik telah menerima sumbangan keperluan harian dan bantuan kewangan, IJM Land turut menghulurkan bantuan kepada para warga emas di Persatuan Kebajikan Warga Usia Emas Tong Sim di Seremban.

Pandemik yang berterusan ini amat membimbangkan dan ramai yang mengalami masalah kewangan dimana keperluan harian kini menjadi tanggungan yang amat berat untuk dipikul. Rumah-rumah kebajikan juga dilanda kesusahan kerana para penjaga dan pengasuh hanya bergantung kepada sumbangan kewangan yang sangat terhad dari orang awam.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad mengatakan bahawa terdapat banyak rumah kebajikan yang memerlukan bantuan pada musim-musim perayaan tetapi sekatan yang dikenakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjejaskan usaha kebajikan dan ini membimbangkan rumah-rumah tersebut dalam soal kewangan dan kesihatan emosi dan fizikal warga emas.

“Warga emas sememangnya memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih, dan kami memahami betapa pentingnya untuk mereka dikunjungi orang tersayang terutamanya untuk meredakan emosi mereka. Di IJM Land, kami komited untuk memberi kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik sambil memberi kesan positif kepada kehidupan mereka yang amat memerlukan dalam komuniti kami.”

Diketuai oleh Dato’ Hoo dan kakitangan IJM Land, Persatuan Kebajikan Warga Usia Emas Tong Sim Seremban – yang menempatkan 14 orang warga emas dan seorang pengasuh sepenuh masa – dihiasi dengan hiasan Tahun Baru Cina untuk mewujudkan aura keceriaan perayaan yang dinanti-nantikan ini. Selain pemberian angpow danbeg goodies kepada para warga emas, IJM Land juga menyumbangkan sebuah Chiller 2-Pintu bernilai lebih daripada RM3,000, barangan runcit, antaranya termasuk kuih perayaan, Yee Sang, buah-buahan segar, serta pelitup muka gred perubatan yang amat penting untuk digunakan waktu pandemik ini.

Dato’ Hoo menekankan bahawa pemberian tidak tamat dengan bantuan kewangan tetapi juga dengan mengenal pasti keperluan mereka yang kurang bernasib baik lalu memenuhi keperluan mereka tersebut.

Dato ’Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad, memberikan restu angpow merah kepada salah seorang penatua Persatuan Kebajikan Warga Usia Emas Tong Sim Seremban.

“Melalui program ini, kami bukan sahaja menghulurkan bantu kepada mereka yang memerlukan tetapi kami ingin juga berkongsi pengalaman kami berganding bahu bersama masyarakat dengan harapan untuk menerapkan sikap bantu-membantu pada musim Tahun Baru Cina ini,” kata Dato ’Hoo.

“Kami terkilan dengan kesusahan yang terpaksa ditanggung orang ramai akibat pendemik semasa. Kami yakin bahawa sumbangan kami kepada Persatuan Kebajikan Warga Usia Emas Tong Sim Seremban dapat mendatangkan kegembiraan perayaan Tahun Baru Cina yang akan selalu diingat sebagai memori manis selama bertahun-tahun,” kata Dato’ Hoo.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari  http://seremban2.ijmland.com/

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts