Projek Wish List Nu Skin 2020 Diteruskan Dengan Semangat Memberi

Nu Skin Malaysia baru-baru ini kembali dengan acara tahunan Projek Wish List. Bersempena Hari Natal, Nu Skin Malaysia telah membawakan keriangan kepada kira-kira 472 kanak -kanak dengan penyakit jantung kongenital dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Berumur diantara 0 -12 tahun, kanak – kanak ini telah menerima hadiah berupakan alat tulis dan alat mainan pendidikan yang dapat membantu perkembangan pembelajaran mereka dalam keadaan pembelajaran maya yang berlaku kini. 

Walaupun pelbagai peristiwa telah dialami pada tahun 2020, Nu Skin Malaysia kekal bersatu dalam memastikan Projek Wish List berlangsung dan disambut oleh kanak – kanak dibawah Dana Jantung Kanak-Kanak Asia Tenggara Nu Skin. Dari 25 November sehingga 24 Disember, ahli-ahli Nu Skin telah mendermakan hadiah menerusi dua kaedah bukan fizikal; pembelian hadiah atas talian ataupun pesanan di kaunter di pusat pengalaman Nu Skin di seluruh negara. 

Jika sambutan tahun sebelum ini adalah bersifat fizikal di mana ahli Nu Skin, kanak-kanak serta rakan hospital menyambutnya bersama, sambutan tahunan ini menjadi lebih bermakna apabila hadiah yang diberikan telah dibungkus oleh ahli lembaga Nu Skin Malaysia untuk dihantar kepada kanak-kanak. 

“Usaha murni untuk menyelamatkan kanak-kanak ini adalah kerana sokongan penuh yang diberikan oleh ahli Nu Skin dalam mendermakan 1% dari pendapatan bulanan mereka kepada Dana Jantung Kanak-kanak Asia Tenggara Nu Skin,” kata David Cheong, Pengurus Besar Nu Skin Malaysia & Brunei. “Saya amat gembira untuk berkongsi selain dari Yayasan Institut Jantung negara dan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, tiga lagi rakan kerjasama telah menyertai kami untuk menyebarkan keriangan kepada lebih ramai kanak -kanak – Rumah Kanak-Kanak Salvation Army Pulau Pinang, Rumah St. Joseph dan Pertubuhan Kebajikan Shan De. 

Sehingga hari ini sebanyak 387 kanak -kanak telah berjaya diselamatkan di Malaysia serta lebih dari 10,000 kanak-kanak telah berjalaya diselamatkan di Asia Tenggara menerusi Dana Jantung Kanak-kanak Asia Tenggara Nu Skin. Di peringkat global, Nu Skin mensasarkan untuk menyelamatkan sebanyak 4 orang kanak-kanak sehari untuk menyebarkan lebih keriangan pada tahun 2021. 

“Usaha-usaha kecil yang dilakukan nyata membawa kegembiraan kanak-kanak dan ahli keluarga amat berbesar hati bahawa kebajikan anak meraka dititikberatkan bukan sahaja dari segi fizikal malah emosi oleh pelbagai pihak. Bagi kebanyakan kanak-kanak Dana Jantung Kanak-kanak Asia Tenggara Nu Skin bukan sahaja menyelamatkan nyawa mereka malah memberikan peluang untuk membesar dan mencapai impian mereka bagi membawa impak dalam komuniti,” ujar Datin Julini, Pengerusi Yayasan IJN. 

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts