Prudential BSN Takaful melancarkan aplikasi mudah alih berlandaskan kerjasama komuniti PruBSN AMAN

Dalam usahanya memperkasakan masyarakat untuk saling membantu komuniti dan memacu penggunaan digital dalam kebiasaan baharu, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), hari ini melancarkan PruBSN Aman iaitu aplikasi mudah alih pertama di Malaysia yang dicipta berlandaskan konsep takaful iaitu ta’awun (pertolongan bersama) dan peer-to-peer (P2P) untuk memberikan perlindungan dan manfaat khairat yang mudah, telus dan berpatutan untuk para pesertanya. 

Panelis dari kiri: Dr. Magda Ismail Abdel Mohsin, Prof. Madya INCEIF The Global University of Islamic Finance, Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekuti Prudential BSN Takaful Berhad,  Encik Mohd Yusni Hj Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyAngkasa Mukmin
Duduk: Amin Idris, Pengacara/Moderator

PruBSN Aman memperkenalkan konsep yang unik di mana semakin ramai peserta menyertai komuniti tersebut, perlindungan di kalangan peserta menjadi semakin kukuh. Ini adalah hasil daripada pendekatan konsep bantuan bersama yang dimanfaatkan secara optimum dan berkekalan. 

Pengalaman serba mudah ini hanya memerlukan peserta melengkapkan pendaftaran ringkas, diikuti dengan pembayaran sumbangan pendahuluan sebanyak RM120. Daripada jumlah ini, RM30 akan dikenakan sebagai caj wakalah pendahuluan dan baki RM90 akan dimasukkan ke dalam akaun bersama. Wang di dalam akaun bersama tersebut akan menjadi milik peserta dan hanya akan ditolak untuk menolong membayar kos tuntutan kematian, sekiranya kematian berlaku di kalangan peserta. Peserta akan terus menikmati ketenangan fikiran dan mendapat perlindungan apabila baki akaun bersama mereka kekal positif. Penambahan sumbangan selanjutnya akan dibuat secara automatik sekiranya baki akaun bersama berada di bawah tahap yang tertentu. Model ini adalah yang pertama seumpamanya dalam industri takaful dan memastikan ketelusan yang lebih baik dalam cara dana peserta dalam akaun bersama dimanfaatkan. 

Bagi memudahkan pelaksanaan pendekatan P2P aplikasi ini secara berkesan, para peserta boleh memperkenalkan PruBSN Amankepada rakan-rakan serta ahli keluarga mereka. Bagi setiap rakan dan ahli keluarga yang berjaya melanggan aplikasi tersebut, PruBSN akan memberi ganjaran kepada perujuk dengan yuran rujukan sebanyak RM5 yang akan dimasukkan ke dalam akaun bersama peserta.

“Selama 14 tahun, kami kekal teguh dalam komitmen kami untuk membantu rakyat Malaysia memanfaatkan kehidupan sepenuhnya dengan memberikan mereka jaminan kewangan. Pelancaran PruBSN Aman bertepatan dengan inisiatif kami dalam mempercepat transaksi digital dan tanpa sentuhan seperti yang diperlukan dalam kebiasaan baharu. Aplikasi ini juga membawa perubahan dalam memperkasakan konsep perlindungan bersama dan saling membantu dengan menjadikan perkhidmatan takaful dan pengebumian lebih inklusif, telus dan berpatutan untuk semua orang. ” kata Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail. “Kematian tidak dapat dielakkan dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, kami ingin memastikan kemudahan dan ketenangan fikiran pelanggan dan keluarga mereka ketika mereka berdepan situasi paling sukar. Kami berbangga kerana dapat memberi lebih kemudahan dan impak untuk memanfaatkan bukan hanya individu tetapi juga masyarakat menerusi aplikasi PruBSN Aman.” 

Sekiranya peserta meninggal dunia, pihak pewaris berhak menerima perlindungan nyawa sebanyak RM7,000, berserta pakej manfaat khairat jika penama ingin menggunakan khidmat pengebumian. Walau bagaimanapun, sekiranya perkhidmatan pengurusan pengebumian tidak diguna pakai atau penama ingin membuat urusan pengebumian sendiri, pihak penama akan menerima jumlah penuh sebanyak RM10,000. 

Turut hadir sewaktu pelancaran PruBSN Aman hari ini ialah Profesor Madya INCEIF The Global University of Islamic Finance, Dr. Magda Ismail Abdel Mohsin yang mengatakan, “Kami berterima kasih kepada PruBSN kerana telah menjalin kerjasama ini bersama pihak kami, juga atas pelbagai sokongan yang diberi dari awal sehinggalah ke pelancaran aplikasi PruBSN Aman. Sebagai sebuah universiti, peluang untuk berkolaborasi dengan industri ini amat berharga, terutama bagi para pelajar kami kerana mereka dapat menimba pengalaman sebenar yang cukup berguna dalam mempersiapkan diri mereka dalam dunia pekerjaan yang dinamik. Pengalaman kami dalam menjalankan dan menguruskan kajian tentang khairat di Malaysia telah memberikan tinjauan tentang tahap kesedaran masyarakat terhadap konsep khairat, terutama di kalangan generasi lebih muda. Pelancaran PruBSN Aman akan memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia untuk merancang lebih awal dalam menghadapi situasi yang tidak diduga dan aplikasi ini memudahkan mereka untuk berbuat demikian.” 

Menurut kajian yang dijalankan oleh INCEIF, kenaikan perbelanjaan pengebumian telah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keperluan perancangan pengebumian lebih awal untuk perjalanan terakhir seseorang. Dana khairat yang lazimnya diselenggara oleh pihak masjid, dikekalkan melalui sumbangan daripada masyarakat sekitar kawasan tersebut atau anggota kariah di mana ada yang menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan yang perlu ditanggung. Melalui pendekatan digital P2P, PruBSN Aman mampu menembusi segmen yang lebih meluas. Ini turut membantu memastikan tadbir urus dan kemampanan skim yang lebih baik dalam memenuhi objektif seperti diinginkan melalui dana khairat

Dalam memastikan pengaturan pengebumian diuruskan dari awal hingga akhir buat peserta Muslim, PruBSN turut bekerjasama dengan MyAngkasa Mukmin, pakar yang dipercayai dan berpengetahuan tinggi dalam menguruskan pengebumian mengikut undang-undang Syariah dan adat istiadat Islam. Melalui PruBSN Aman, MyAngkasa Mukmin juga menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang jenazah dari luar negara yang membantu memudahkan pemindahan jenazah ke tanah air. 

“Menguruskan pengebumian adalah sesuatu yang sangat emosional dan boleh menjadi rumit serta mahal. Memang sukar untuk tahu dengan pasti apa yang perlu dibuat bila berdepan situasi sebegini, apatah lagi dalam situasi pandemik seperti sekarang. Namun, PruBSN Aman telah berjaya meneraju pasaran dengan menawarkan solusi lebih baik, cepat dan lebih mudah diakses untuk urusan pengebumian sebelum dan selepas kematian. Sejajar dengan kepaduan budaya inovasi PruBSN, kolaborasi ini adalah peluang yang dialu-alukan yang menggabungkan kepakaran kami dan membawa nilai-nilai baru dari aspek perlindungan bersama buat komuniti PruBSN Aman dan keluarga mereka.” tambah Mohd Yusni Hj Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyAngkasa Mukmin

Para peserta disarankan untuk memaklumkan pihak pewaris mengenai langganan mereka di PruBSN Aman agar pewaris dapat mengakses dana dan perkhidmatan pengebumian dengan kadar segera. Dengan PruBSN Aman, pewaris boleh mengemukakan tuntutan manfaat kematian dari jarak jauh menerusi aplikasi tersebut dan menghubungi MyAngkasa Mukmin dengan mudah di talian 1-800-38-7777 untuk membantu mereka menguruskan pengebumian. 

PruBSN Aman juga membolehkan para pengguna melihat statistik di masa nyata termasuk jumlah peserta, jumlah tuntutan dan baki akaun bersama dengan serta-merta. Bagi memastikan transaksi pembayaran yang lancar, peserta boleh menyimpan butiran kad debit/kredit mereka di dalam aplikasi tersebut. Sekiranya peserta ingin menamatkan pelan, mereka boleh melakukannya dengan mudah pada bila-bila masa dan baki dari akaun bersama mereka akan dikembalikan. 

PruBSN Aman kini boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.prubsn.com.my/ms/protection/prubsnaman/

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts