Selamat Tinggal 2020!

Hi semua, kita sudah menjengah ke akhir tahun, tarikh 31 Disember 2020. Tahun ini penuh dengan cabaran yang mendatang, dugaan yang tidak disangka, turun naik kehidupan kita tanpa mengenal masa. Saya sendiri turut merasakan sedikit tempias yang dialami oleh lapisan masyarakat umum. Nyata Pandemik COVID-19 banyak merubah gaya hidup kita pada hari ini.

Bagi yang masih ingkar dengan SOP yang telah dilaksanakan walaupun adakalanya SOP yang diperkenalkan amat mengelirukan masyarakat bahkan sesetengah SOP bagaikan dicipta antara dua darjat namun sebagai masyarakat di Malaysia, kita harus akur dengan SOP yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan dalam membendung pandemik COVID-19 dan meningkatkan kembali sektor ekonomi di Malaysia.

Apa yang merubah saya pada tahun ini pastinya dari pelbagai sudut termasuklah pandangan saya terhadap dunia kini juga berbeza. Saya banyak mengubah gaya hidup saya pada tahun ini, tiada lagi bermalasan untuk bersenam, tiada lagi bermalasan untuk menangguh-nangguh kerja dan pastinya saya sentiasa merapatkan silaturrahim yang sudah terpisah agak lama. Alhamdulillah, semuanya menjadi lebih bermakna buat saya pada tahun ini.

Bagi pembaca KitaStory, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada kami sepanjang tahun 2020. Anda telah memungkinkan jenama kami agar terus mekar! Nantikan lagi banyak artikel yang menarik bakal menyusul pada tahun hadapan. Saya dan team KitaStory memohon ampun 10 jari sekiranya ada info dan maklumat yang dipaparkan mungkin tidak menjaga sensitiviti mana-mana pihak.

Semoga kita terus maju dan bergerak ke hadapan pada tahun yang mendatang. Saya doakan agar semua sentiasa berada dalam keadaan baik, sihat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan! Jumpa lagi di Tahun 2021!

Ikhlas,

Zainal Afnan / @iamzaf_

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts