Wajah Kita

Willow Smith Wajah Kempen Baharu Onitsuka Tiger

Willow Smith Wajah Kempen Baharu Onitsuka Tiger

Jenama fesyen Jepun Onitsuka Tiger terus mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, dan warisan dengan inovasi. Onitsuka Tiger dengan sukacitanya mengumumkan gambar kempen jenama Spring / Summer 2021 yang menampilkan duta jenama global mereka iaitu Willow Smith, yang bersambung dari tahun 2020. Tema koleksi Onitsuka Tiger Spring / Summer 2021, yang akan dipakai Willow dalam gambar kempen ini, adalah "The Onitsuka Tiger Attitude". Andrea Pompilio, Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, mengatakan bahawa teori jenama adalah untuk memberi penghormatan kepada sejarahnya dan terus berkembang dengan kreativiti dan tren. Dalam koleksi ini, gaya Onitsuka Tiger dinyatakan tidak hanya melalui logo dan…
Read More
Airulmi Mokhtar Transformasi Diri Jadi Inspirasi

Airulmi Mokhtar Transformasi Diri Jadi Inspirasi

Membuka bicara 2021 yang menjelma, moto 'New Year, New You' pastinya akan menjadi taruhan setiap dari kita. Ramai yang ingin memulakan gaya hidup sihat dan ada juga yang inginkan badan yang lebih fit dan menawan. Wajah Kita kali membawakan sosok tubuh pelari yang disegani ramai, Al Rumie yang sememangnya seorang mudah didekati dan amat mesra! Mengenali secara dekat Airulmi Mokhtar atau lebih senang disapa Al Rumie amat menyenangkan. Saya sudah beberapa kali berjumpa dengannya di acara larian sekitar tahun 2016-2017 yang lalu. Beliau merupakan salah satu idola saya sendiri di dalam dunia larian. Boleh dikatakan, beliau banyak memberi tips dan…
Read More
Dahlia Nadirah Bina Empayar Kosmetik

Dahlia Nadirah Bina Empayar Kosmetik

Wajah Kita kali ini menampilkan figura moden perniagaan solekan menerusi jenama ‘SO.LEK’, nama Dahlia Nadirah Juhari tidak asing lagi dalam bidang perniagaan tempatan dan juga dikalangan sosialit, telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun akhir-akhir ini, mempunyai pengalaman luas dalam pemasaran produk menjadikan beliau antara ahli perniagaan muda yang begitu mudah didekati dan disegani.  Dahlia Nadirah merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik dan mempunyai ijazah dalam bidang psikologi dan komunikasi. Kini diusia 35 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata terus melangkah ke depan untuk sebaris dengan pengasas produk kecantikkan yang lain. Untuk yang tidak mengetahui, Dahlia…
Read More
Atikah Abu Bakar Gadis Jurutera Kongsi Hobi Berbasikal

Atikah Abu Bakar Gadis Jurutera Kongsi Hobi Berbasikal

Atikah Abu Bakar, gadis berusia 31 tahun berasal dari Shah Alam, Selangor ini ternyata mudah didekati. Mempunyai karier sepenuh masa sebagai jurutera di sebuah syarikat antarabangsa menjadikan Atikah atau lebih mesra disapa 'Burn' seorang yang berpandangan jauh dalam komitmen kerjaya dan kehidupan. Saya sudah mengenali Burn agak lama, lewat lebih 10 tahun kami berkenalan, jadi agak mudah saya kategorikan Burn sebagai seorang yang peramah dan tidak lokek dengan senyuman. Sesiapa pun akan senang ketika bercanda dengannya. Ini bukanlah kali pertama saya menemubual Burn, saya sudah menemubualnya pada tahun 2010 lagi disaat dia suka-suka menceburi bidang peragaan. Sekadar sebagai hobi dalam…
Read More
Datin Vivy Yusof Kongsi Aspirasi Bersama Mulan & LAT

Datin Vivy Yusof Kongsi Aspirasi Bersama Mulan & LAT

Nama Datin Vivy Yusof tidak asing lagi dalam dunia perniagaan dan fesyen tempatan, dengan perniagaan dalam talian jenama FashionValet, beliau telah melangkau kejayaan yang memberangsangkan. Saya sendiri pernah menemubual beliau sekitar awal perniagaan FashionValet dilangsungkan 8 tahun yang lalu. Seorang yang berwawasan tinggi dan sentiasa ingin menampilkan yang terbaik bagi setiap produk keluarannya, Vivy terus melangkah ke depan dengan kolaborasi terbaharu bersama Disney menerusi Koleksi Mulan bagi hijab dan juga bersama Dato' Lat dengan koleksi tas tangan 'tote'. Koleksi Tudung dUCk kolaborasi bersama Disney menerusi filem Mulan Koleksi Khas Disney 'Mulan x dUCk' Menurut beliau, "Penting untuk saya mempunyai koleksi…
Read More
Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tampil Dengan ManifestaSITI2020

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tampil Dengan ManifestaSITI2020

Penyanyi No. 1 negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza kini hadir dengan album studio solo ke-18 yang dilancarkan pada 3 Julai 2020. Buah tangan terbaharu ini menjadikan beliau antara penyanyi yang aktif melahirkan album dengan keadaan industri muzik tempatan yang kurang memberangsangkan sejak beberapa tahun ini. Lebih dari 25 tahun berada di industri muzik, ternyata Dato' Sri Siti Nurhaliza berada di liganya yang tersendiri. Album terbaharu ini menampilkan 11 buah lagu baharu yang diterbitkan kerjasama antara Siti Nurhaliza Production dan Universal Music Group Malaysia, antara komposer yang terlibat sama dalam penghasilan album ini ialah Omar K, Ikhwan Fatana, Jevees, Aubrey Suwito,…
Read More