TikTok Lancar Kempen #thinkb4youdo

Aplikasi strim video pendek terkemuka, TikTok hari ini melancarkan kempen #thinkb4youdo to menggalakkan pengguna di Malaysia untuk berfikir sebelum mengadakan pertunjukkan berbahaya di aplikasi tersebut. Kempen #thinkb4youdo adalah pesanan untuk semua pengguna aplikasi TikTok untuk memainkan peranan mereka dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dan positif bagi masyarakat global.
 
TikTok bekerjasama dengan pakar industri, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan industri di seluruh dunia untuk membantu memastikan dalam dasar, teknologi, dan kawalan privasinya melindungi daripada cabaran seluruh industri di dalam penyalahgunaan platform.
 
Banyak pencipta video popular Malaysia telah menyertai cabaran memuat naik video pendek mereka dengan menggunakan hashtag #thinkb4youdo, antaranya Mark O’DeaDavid Zafer dan Yuki Tan.

Mempromosikan persekitaran aplikasi yang selamat dan positif adalah menjadi keutamaan TikTok, dan mereka mempunyai beberapa langkah untuk melindungi diri dari penyalahgunaan. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik maklumat keselamatan TikTok dan garis panduan komuniti TikTok

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts