Transformasi Adele

Adele yang kembali ke media sosial pada hari ulang tahunnya yang ke-32 untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas ucapan mereka, dan sekaligus telah mengemparkan dunia dengan menampilkan sekeping foto dirinya yang berwajah baharu! Berpakaian dalam gaun mini hitam, foto tersebut menunjukkan transformasi penurunan berat badan yang melampau yang dilakukan Adele dalam beberapa tahun ini.

Sambil tersenyum dari telinga ke telinga dengan gaun bodycon hitam, lengkap dengan lengan baju puffball, penyanyi yang berusia 32 tahun itu kelihatan lebih berseri seperti yang dia sambut hari ulang tahunnya semasa tempoh kawalan pengerakan. Ramai yang telah menganggarkan bahawa bintang itu telah menurunkan berat sebanyak 44 kilogram, dan rakan-rakan artis Adele turut memperhatikan perbezaannya. Chrissy Teigen di laman komen, “I mean are you kidding me,” dan penyanyi Sepanyol Leroy Sanchez menulis: “And the internet breaks in 3… 2… 1…”

Dan lihatlah perbezaan Adele dari tahun ke tahun! Ternyata membuatkan ramai terpersona dengan wajah terbarunya dan ramai tidak sabar untuk kehadiran album baharu Adele nanti.

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts