Turki Bina Nama Melalui Filem Blockbuster!

Para pelancong kini boleh mengunjungi lokasi filem popular di Turki dengan selamat di bawah pogram Pensijilan Pelancongan Sihat Kerajaan Turki.

Kebanyakan daripada filem dan rancangan TV yang kita nikmati selama ini tidak mungkin layak dinobatkan sebagai blockbuster jika bukan kerana ‘watak’ sokongan terpenting yang adakalanya dilepas pandang iaitu lokasi penggambaran. ‘Watak’ ini memainkan peranan secara senyap di latar belakang namun nuansa yang dapat dikesan amat ketara. Betapa pentingnya untuk mencari pelakon yang sesuai untuk sesuatu watak, penting juga untuk mendapatkan lokasi penggambaran yang tepat. Tidak mungkin lengkap cerita yang ingin disampaikan kepada penonton tanpa lokasi yang besesuaian. Walaupun terdapat beberapa lokasi filem yang biasa terlihat di kaca TV seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom, salah satu negara yang kini menjadi antara lokasi penggambaran paling popular ialah negara yang bersempadan benua Asia and Eropah iaitu Turki.

Negara yang dikenali dengan santapan enak penuh lazat, ditambah pula dengan keajaiban seni bina yang menakjubkan dan warisan budaya yang bersejarah, Turki merupakan salah satu negara terindah yang menarik perhatian ramai pembikin filem seluruh dunia yang mementingkan lokasi filem berkualiti. Dari ketenangan laut biru hingga ke kota-kota kosmopolitan yang dihiasi bazar meriah, Turki menawarkan peluang luar biasa kepada para penerbit filem dalam setiap fasa produksi dengan ketersediaan lokasi-lokasi berbeza yang biasanya tidak terdapat dalam satu negara.

Istanbul, pusat ekonomi, budaya, dan sejarah negara Turki merupakan bandar yang paling ramai penduduk di negara tersebut dan ia adalah bandar pilihan pembikin filem untuk membuat penggambaran. Antara filem-filem yang pernah digambarkan di Istanbul termasuk filem James Bond, From Russia with Love; Inferno, filem hasil karya penulis Dan Brown; dan filem seni mempertahan diri terkenal Hong Kong, The Accidental Spy. Filem-filem ini telah menampilkan beberapa seni bina ikonik Turki seperti Masjid Besar, Hagia Sophia dan Istana Topkapi yang artistik. Visual yang luar biasa dalam filem-filem ini membuat para pelancong berkeinginan untuk mengunjung lokasi penggambaran untuk menghayati pemandangan yang terlihat dalam filem atau rancangan TV kegemaran mereka.

Disyorkan oleh Pejabat Pelancongan & Maklumat Kedutaan Turki, kami telah mengumpulkan senarai beberapa lokasi penggambaran menarik untuk anda dan walaupun anda mungkin bukan peminat filem-filem yang akan disebutkan, lokasi tarikan pelancong ini semestinya dijelajahi.

1. SKYFALL

Grand Bazaar yang terkenal – salah satu lokasi penggambaran untuk adegan pembukaan Skyfall

Bumbung Grand Bazaar (The roof of the Grand Bazaar) di mana James Bond menunggang motosikalnya semasa aksi kejar-mengejar

Tiada sesiapa yang dapat melupakan watak bergaya penuh yakin perisik rahsia kegemaran ramai, James Bond yang terkenal dengan pemakaian tuksedo mewah dan pose beliau memegang senjata. Dengan kemasyhuran menjangkau 50 tahun, filem bersiri James Bond banyak digambarkan dengan latar belakang Turki, bermula dengan siri kedua francais James Bond iaitu From Russia with Love, The World is Not Enough, hingga ke siri terbaharu, Skyfall.

Adegan penuh aksi Daniel Craig sebagai bintang Bond membawa penonton melalui “virtual tour” ke lokasi seni bina dan lanskap Turki yang mengagumkan – bermula dengan adegan kejar-mengejar di semenanjung bersejarah Istanbul.  Turki telah memberikan banyak daya tarikan visual kepada filem ini dengan menyediakan latar belakang sinematik kepada salah satu filem paling terkenal yang pernah difilemkan di Istanbul. Keindahan negara Turki boleh dilihat dalam adegan lompat antara jambatan keretapi, pertempuran di terowong, dakian gunung, dan adegan menunggang motosikal di atas bumbung Grand Bazaar.  Beberapa pemandangan yang menarik perhatian adalah Fethiye Coast yang menakjubkan (lokasi santai James Bond sebelum kembali ke London), kawasan Eminönü yang sibuk, dan bandar bersejarah Adana dimana kesemuanya harus disertakan dalam senarai tempat untuk dilawati!

Fethiye Coast yang memukau di Turki, salah satu lokasi penggambaran Skyfall.

2. TAKEN 2

The Blue Mosque of Istanbul – salah satu lokasi penggambaran ikonik Taken 2

Hollywood telah memanfaatkan kemegahan Turki dengan sepenuhnya dengan penggambaran Taken 2 dimana kita dapat melihat pelakon popular Liam Neeson bertarung nyawa bekejaran di serata Istanbul demi menyelamatkan keluarga beliau dari jatuh ke tangan sekumpulan penjenayah dari Albania. Walaupun sebahagian besar latar belakang filem tersebut terutamanya adegan epik kejar-mengejar dalam kereta banyak memaparkan pemandangan langit Istanbul, dapat dilihat juga keagungan masjid terbaharu dan terbesar negara tersebut yang dinamakan New Mosque, dan juga pemandangan di sekitar Grand Bazaar.

Apa yang lebih menarik ialah sebahagian daripada filem ini digambarkan di Çemberlitaş Turkish bath, salah satu hamam yang paling terkenal dan paling lama bertapak di Istanbul! Kami sarankan para pengunjung untuk mencuba pengalaman mandian Turki yang sangat istimewa ini untuk memahami manfaat terhebat ritual mandi sejak berabad lama golongan Uthmaniyyah. Didirikan pada tahun 1584 oleh arkitek yang paling terkenal di Uthmaniyyah, Mimar Sinan, hamam dipanaskan dengan membakar serpihan kayu yang menghasilkan wap yang langsung memanaskan keseluruhan struktur. Çemberlitaş Hamamı telah menjalani dua pemulihan dalam beberapa dekad kebelakangan ini dan ia menyediakan suasana yang tenang khas buat para pengunjung untuk bersantai sambil membayangkan adegan pertempuran yang digambarkan di lokasi ini untuk filem Taken 2.

3. CHARLIE’S ANGELS

Spice Bazaar penuh aroma yang dilalui para Angels dalam misi mereka

Angel kegemaran Hollywood telah tiba di Istanbul untuk misi mereka yang seterusnya! Yang terbaharu dalam francais Charlie’s Angels yang dibintangi oleh Kristen Stewart, Naomi Scott, dan Ella Balinska, adalah gabungan pengembaraan, aksi dan komedi yang berlatarbelakangkan lokasi penggambaran antarabangsa dimana Istanbul merupakan lokasi penyelesaian misi mereka.

Persinggahan pertama filem di İstanbul adalah di daerah Eminönü dan Spice Bazaar penuh aroma yang terkenal, bersama Jalan Çakmakçılar di daerah Fatih, sementara adegan lain difilemkan di Veliefendi Hippodrome dan Masjid Biru yang bersejarah. Dengan gambaran moden namun bersejarah yang merupakan tunjang negara Turki, Charlie’s Angels telah memberikan motivasi yang berinspirasi kepada semua orang (terutamanya golongan wanita) untuk menikmati pemandangan yang menarik sambil mengagumi citarasa yang pasti memukau deria.

4. Argo

Hagia Sophia – masjid agung yang dilawati Tony

Dalam filem ini, Ben Affleck telah tiba di Turki untuk menyelamatkan dunia sekali lagi! Diilhamkan oleh peristiwa-peristiwa benar, filem ini menceritakan misi untuk membebaskan enam tebusan Amerika waktu konflik Iran. Argomerupakan sebuah filem yang mengetengahkan yang terbaik dari Turki, terutamanya permata paling bersejarah Turki iaitu Masjid Agung Hagia Sophia.

Semasa dalam perjalanannya, Tony Mendez (dibintangi oleh Affleck) membawa kita ke dimensi baru ketika beliau melangkah masuk ke Hagia Sophia yang mengagumkan. Pada mulanya dibina sebagai Gereja dengan sejarah beribu tahun, Hagia Sophia kini menjadi masjid terkenal di dunia yang menyatukan orang ramai seperti rakyat negara Turki pada hari ini. Semasa adegan di mana Tony bertemu dengan rakan senegaranya, filem ini memperagakan keindahan dalaman monumen suci ini yang dihiasi mosaik yang cantik. 

Kami sangat menggalakkan para pengembara untuk menuju ke masjid yang luar biasa ini untuk menghayati keindahannya kerana ia pasti menjadi satu pengalaman yang sangat berharga! 

Hayatilah keindahan dalaman Masjid Agung Hagia Sophia (Hagia Sophia Grand Mosque)

5. The Water Diviner

Pemandangan Istana Topkapi (Topkapi Palace) yang indah – salah satu lokasi penggambaran ikonik untuk The Water Diviner

Filem drama 2014 ini telah berjaya memaparkan hampir setiap butiran dan kecantikan negara Turki! Dengan memanfaatkan setiap kemungkinan, Russell Crowe (bintang utama dalam filem arahan beliau yang pertama) membawa para penonton berjalan-jalan di sekitar taman untuk menghargai dan menghayati seni bina yang mengagumkan di Turki sambil memaparkan plot cerita di sepanjang jalan.

Russell menghidupkan cerita dengan mengemukakan pemandangan indah yang ditawarkan oleh negara yang menakjubkan ini – Golden Horn yang ikonik, Masjid Biru dan Istana Topkapi yang hebat, dan banyak lagi lokasi yang lain. Russell membawa para penonton keluar dan masuk ke kota melalui lembah dan jalanan dan juga menunjukkan tarian putar sufi yang dipersembahkan oleh kumpulan darwis.

Darwis Sufi (Sufi Dervishes) mempersembahkan Tarian Putar Darwis (The Whirling Dervishes Performance)

6. Istanbul Aku Datang

Masjid Biru (The Blue Mosque) – tempat penggambaran perkahwinan Dian

Adakalanya untuk mencari cinta, kita perlu meneruskan perjalanan menjangkau zon selesa. Dalam filem ini, Dian (dibintangi oleh pelakon kesayangan tempatan, Lisa Surihani) telah memberanikan diri untuk menuju ke Turki dengan tujuan mencari harapan dan ketenangan dalam hubungan romantis beliau. 

Selat Bosphorus (The Bosphorus Straits) yang menarik hati ketika Dian dalam pelayaran

Filem ini bertema ceria dan ia menjanjikan kerseronokan buat 90 minit dimana Dian membawa para penonton berlayar menyeberangi Selat Bosphorus untuk menikmati pemandangan yang tidak dapat dilupakan. Satu lagi adegan yang popular adalah waktu Dian membuat keputusan di depan Masjid Biru untuk mengikut kehendak hati beliau untuk menikahi Harris. Sebuah filem yang wajib ditonton untuk menikmati pemandangan Turki. Alangkah indahnya jika berpeluang untuk mengadakan perkahwinan di lokasi yang agung ini!

7. Resurrection Ertugrul

Daerah Beykoz yang terkenal – adegan pertempuran epik antara Ertugrul dan Ural berlaku di sini!

Sejak kemunculan Netflix, Turki banyak tampil di platform streaming dalam talian yang popular ini. Bukan hanya berfungsi sebagai latar belakang filem Hollywood, Turki juga terkenal dengan siri tempatan mereka yang amat popular. Drama siri yang penuh aksi pertempuran dan lawan pedang ini sesuai untuk dinikmati para peminat pada waktu lapang. 

Menceritakan kisah kepahlawanan abad ke-13, karya ini meriwayatkan kehidupan Ertgurul yang membawa kita mengikuti perjalanan beliau di seluruh Istanbul. Dalam menghidupkan semula pertempuran akhir yang hebat antara Ertugrul dan Ural, montaj yang dihasilkan memperlihatkan keindahan semula jadi daerah Beykos dan Riva. Usah teragak-agak untuk memasukkan daerah-daerah ini dalam jadual perjalanan anda kerana destinasi penuh sejarah ini patut dikagumi!

8. Rise of Empires: Ottoman

Hagia Sophia – Masjid agung yang diperjuangkan oleh Sultan Mehmet II

Kejatuhan Constantinople tidak dapat dilupakan sesiapa terutamanya rakyat Turki dimana Empayar Byzantine ditawan Empayar Uthmaniyyah dibawah pimpinan Sultan Mehmet dalam pertempuran yang memakan masa selama 53 hari. Kisah yang bersejarah ini diceritakan semula dalam drama-dokumentari dramatik yang berlatarbelakangkan visual masjid agung Hagia Sophia yang menghidupkan lagi hasil karya ini!

Pemandangan luaran Masjid Agung Hagia Sophia (The Grand Sophia) yang menakjubkan

Dalam perjuangan penuh kemuliaan, Sultan Mehmet II atau dikenali sebagai Mehmet the Conqueror berkongsi visinya secara mendalam bersama askar-askar beliau dan sifat konsisten ini dapat dilihat dalam keagungan seni bina yang terpelihara sehingga ke hari ini. Sebanyak mana terlihatnya pemandangan Turki yang indah dalam rancangan TV ini, terlihat juga kecantikan negara dengan lebih teliti seperti apa yang dilihat dalam adegan yang melibatkan Basilica Cistern, Hippodrome (arena terkenal untuk perlumbaan kereta kuda), dan Istana Topkapi.

Sekiranya anda menonton keenam-enam episod rancangan ini di Netflix, kami yakin Sultan Mehmet dapat meyakinkan anda untuk menjadikan Turki sebagai salah satu negara yang wajib dikunjungi. Kepada peminat seni agung Hagia Sophia, tontonilah episod terakhir drama-dokumentari ini untuk menghargai kesempurnaan monumen suci yang keindahannya tak tertanding!

Walaupun banyak negara dilanda wabak Covid-19, Turki adalah salah satu daripada beberapa buah negara yang telah menerapkan langkah-langkah keselamatan yang kukuh untuk semua pelancong yang berhasrat untuk mengunjungi Turki sebagai salah satu destinasi pelancongan. Sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk mempromosikan pelancongan yang selamat, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turki telah memulakan program Pensijilan Pelancongan Sihat yang memastikan pelancong ke Turki dapat mengembara ke negara ini dengan cara yang selamat dan bersih sambil menikmati keindahan negara yang teristimewa ini. 

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts