UNIQLO Lancar Koleksi Hana Tajima Musim Luruh/Sejuk 2020

Butik pakaian terkemuka Jepun, UNIQLO hari ini melancarkan koleksi musim luruh/sejuk 2020 dengan kerjasama pereka kelahiran United Kingdom, Hana Tajima. Koleksi muslim luruh/sejuk 2020 ini akan berada di semua stor lokasi UNIQLO bermula 7 Ogos 2020 ini yang menampilkan koleksi yang lebih segar dan memberikan gaya terkini.

Hanna Tajima

Hana Tajima berkata, “Sebagai wanita, kita sentiasa mengadaptasikan perubahan. Saya ingin tampilkan pakaian yang mencerminkan keselesaan diri dan memudahkan wanita untuk mencuba stail yang baharu. Dengan mengekalkan keselesaan, saya mengetengahkan lakaran koleksi yang memberi impak feminin. Koleksi ini memberikan kelainan dan kebebasan kepada diri pemakai apabila menyarungnya.”

Cetakan botani yang kuat yang dilukis oleh Hana membangkitkan kekuatan alam. Bersama dengan kemeja dan seluar dalam warna gelap yang netral, koleksi ini menampilkan tenaga feminin dan suasana yang bergaya.

Seperti koleksi sebelumnya, 2020 Fall / Winter merangkumi kepelbagaian budaya yang kaya dan menawarkan keselesaan dan keanggunan kepada semua wanita, tanpa mengira usia, bangsa, budaya, atau kepercayaan agama.

Koleksi Hana Tajima musim luruh/sejuk 2020 boleh akan berada di semua lokasi stor UNIQLO di seluruh dunia dan juga platform online www.uniqlo.com/my/

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts