Upacara Seb-i Arus Memperingati Ulang Tahun Kematian Rumi ke-747 di Konya

Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi diperingati sempena ulang tahun kematian ke-747 pada 7 Disember dan 17 Disember di Upacara Seb-i Arus yang telah diadakan di Konya, salah sebuah bandar utama di Turki.

KONYA, 22 DISEMBER 2020 – Sepanjang tahun 2020, banyak perubahan terpaksa kita tempuhi akibat pandemik yang berleluasa. Tidak lagi boleh kita menghadiri majlis perkahwinan besar-besaran, bertemu ahli keluarga atau rakan-rakan dengan senang, dan tidak mungkin juga dapat kita menyaksikan perayaan keagamaan yang unik seperti upacara Seb-i Arus. Walaupun sempadan antarabangsa masih belum dibuka, rakyat Malaysia masih dapat menikmati pengalaman upacara Seb-i Arus yang bermakna ini secara dalam talian dan semoga upacara ini dapat disaksikan secara langsung pada tahun depan.

Sufi Dervishes Melakukan Whirling Wherving

Setiap tahun sejak tahun 1937, ulang tahun kematian Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi diperingati di upacara Seb-i Arus (Night of Reunion with the Divine) di Konya, tempat kelahiran beliau pada abad ke-13 dan juga tempat terletaknya makam beliau. Konya adalah sebuah bandar yang terkenal bukan hanya disebabkan Maulana Rumi, tetapi juga untuk budaya bandar ini yang diperkayakan dengan warisan sejarah yang penting. Tahun 2020 menandakan ulang tahun kematian ke-747 ahli mistik, penyair, dan cendekiawan sufi terkenal di dunia iaitu Jalaluddin Muhammad Rumi, yang dikenali sebagai Rumi. Tahun ini pada 7 Disember dan 17 Disember, dengan sokongan T.R. Ministry of Culture and Tourism and Turkish Tourism Promotion and Development Agency, upacara Sema, sebahagian daripada upacara Seb-i Arus, telah diadakan di Rumi Cultural Centre, di Konya. Disebabkan penularan wabak COVID-19 pada masa ini, penyertaan terhad  dibenarkan dengan kehadiran tetamu khas dan jemputan kementerian. Upacara tersebut telah disiarkan secara langsung di akaun Twitter dan Facebook GoTurkey dan IG story telah dikongsi secara langsung melalui akaun Instagram GoTurkey (www.goturkey.com).

Dengan penyertaan Speaker of the Turkish Grand National Assembly, Prof. Dr. Mustafa Şentop and Turkish Minister of Culture and Tourism, Mehmet Nuri Ersoy ke perayaan tersebut, Naib Presiden International Mevlâna (Rūmī) Foundation, Esin Çelebi Bayru (ahli sosiologi yang merupakan salah seorang cucu Rumi generasi ke-22) dan penulis dan pakar Rumi, Ali Bektaş berkumpul dengan wartawan dari serata dunia untuk memeriahkan lagi upacara istimewa ini.

Upacara Seb-i Arus, Ritual Tahunan di Turki

Gambaran keseluruhan upacara Şeb-i Arus

Upacara Seb-i Arus, yang diadakan setiap tahun pada 17 Disember, bermaksud ‘Malam Pernikahan’ dalam bahasa Turki. Malam ini dikenali dalam Mevlevi  Order (Maulawiyah) sebagai malam pemergian Jalaluddin Muhammad Rumi. Rumi menganggap kematian itu bukan sesuatu pengakhiran sebaliknya ia dianggap sebagai detik penemuan bersama Tuhan dan oleh itu, ulang tahun kematian beliau disebut sebagai “Malam Pernikahan” atau “Malam Perjumpaan”. Rumi mentafsirkan kematian sebagai pengembalian kepada asal-usul dimana seseorang itu kembali kepada Allah SWT Maha Pencipta. Menurut beliau, kematian bukan erti kehilangan jasad tetapi permulaan langkah menuju ke Allah SWT. Rumi mengungkapkan falsafahnya tentang kematian dengan kata-kata ini: “Semua orang menyebutnya sebagai perpisahan, namun saya menganggapnya sebagai perjumpaan.”

Falsafah Asas Mevlevi Order: Upacara Sema

Upacara Sema, yang dipersembahkan pada upacara memperingati Rumi, mengandungi simbol penting yang mencerminkan falsafah asas Maulawiyah. Sema secara umum menyatakan pembentukan alam semesta, kebangkitan manusia di dunia, tindakan manusia hasil cinta kepada Tuhan, dan perjalanan manusia demi menjadi seorang yang sempurna. Upacara Sema melambangkan perjalanan mistik rohani manusia melalui kekuatan minda dan rasa cinta demi menuju kesempurnaan. Kostum darwis tarian pusing (semazens) yang membuat persembahan waktu upacara Sema juga amat simbolik. Topi berbentuk kerucut (sikke) mewakili batu nisan dan skirt panjang berwarna putih pula mewakili kain kafan. Di atas jubah yang dipakai, para darwis memakai jubah panjang berwarna gelap (hırka), yang mewakili makam duniawi.

Pada awal pertunjukan, semazen membuka kedua lengan ke sisi mereka seolah-olah merangkul alam semesta dan mula berpusing berlawanan arah jam. Telapak tangan kanan terbuka menghadap langit menggambarkan kesediaan mereka menerima kurniaan Tuhan. Telapak tangan kiri yang menghadap ke bumi mewakili kesediaan semazen untuk menyampaikan pesanan Tuhan kepada mereka yang menyaksikan Sema dan kepapa mereka yang lain. Semasa berpusing, semazen melepaskan jubah gelap mereka yang mewakili kelahiran kembali ke kebenaran dan dengan menyilangkan tangan di dada mereka, mereka mewakili nombor “satu”- ini tanda kesaksian tentang kepercayaan kewujudan Tuhan yang satu.

Semahane di mana upacara berlangsung mewakili alam semesta. Sebelah kanan mewakili alam yang dapat dilihat dan diketahui, sebelah kiri pula mewakili alam yang mendatangkan makna.

Sufi Yang Merangkul Seluruh Umat Manusia

Upacara Şeb-i Arus (Ritual tahunan di Turki)

Rumi, penyair sufi abad ke-13, yang terkenal dengan petikan terkenalnya “Come, come whoever you are”, dianggap sebagai salah seorang ahli falsafah Sufi terhebat di dunia. Beliau disayangi dan dihormati oleh penganut pelbagai agama kerana puisi dan tulisan beliau merangkumi seluruh umat manusia. Rumi yang dikenali sebagai penyair Islam, ahli hukum, sarjana Islam, ahli teologi, dan mistik sufi mementingkan “hakikat sebenar” soal kehidupan.

Rumi, yang pintunya selalu terbuka untuk semua orang tanpa kira bangsa atau agama, telah menjadi simbol persamaan di dunia dalam setiap segi. Setiap tahun, pengunjung dari seluruh dunia yang mempercayai falsafah Rumi mengambil bahagian dalam upacara yang diadakan di Konya untuk memperingati dan meraikan beliau yang berjaya menyebarkan pandangan yang penuh kasih dan humanistik kepada seluruh umat manusia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Seb-i Arus sila kunjungi https://sebiarus.gov.tr/

Akaun Media Sosial Rasmi GoTurkey: 
https://www.instagram.com/goturkey/ 
https://www.facebook.com/GoTurkey/ 
https://twitter.com/GoTurkey

Kongsi Artikel Ini
By Zainal Afnan

Related Posts